Bertambah Runsing ...
Baru sebentar tadi aku menerima panggilan telefon dari kampung, satu berita yang menambahkan kerisauan aku sekarang.
Aku diberitahu yang ayahku mengalami sedikit kemalangan di rumah dan menyebabkan dia kaku sebelah badan pada mulanya, tetapi tak berapa lama selepas itu dia kembali boleh bergerak semula tapi masih agak keras katanya, tangan kirinya masih dlm keadaan ketar2 yg tak boleh berhenti. Kakak aku di kampung telah membawa ke klinik pada mulanya tapi doktor di situ mengesyorkan dia dirujuk ke hospital. Dari situ mereka terus ke hospital, doktor pakar membuat kesimpulan yang ayahku tidak mengambil ubat kencing manis dengan betul sebelum ni, dan mengesahkan yang berlaku itu bukan strok. Tapi keadaan tangannya yg terketar2 tu masih tak dpt ditentukan sebabnya, mengikut doktor ia bukan Parkinson.
Kakak aku di kampung menasihatkan aku supaya jgn risau sgt sebab ayah aku dh tak teruk sgt dan jgn tergesa2 balik kampung, balik sepertimana yang telah dirancang sebelum ni iaitu pada hujung minggu ini. Walau apa pun yg dia cakap aku skrg semakin runsing dan risau, sememangnya aku telah merancang utk balik kampung minggu depan selama seminggu, tetapi tujuan aku balik adalah utk membawa ibu aku menjalankan surgeri usus di Pulau Pinang, mmg ibu aku dh lama mengalami ketumbuhan dalam usus tapi baru2 ni dia bersetuju utk menajalani surgeri di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, kesan dari surgeri tu nanti pun belum pasti lagi terhadap tubuh ibuku yang agak lemah pada usia dia skrg. Tapi skrg keadaan ayah aku pula menimbulkan kerisauan yang baru tanpa aku duga. Sebelum ni ayah aku tak pernah menunjukkan tanda2 sakit, cuma kdg tu je dia terasa lemah badan. Tapi secara keseluruhan tahap kesihatan dia bagi seorang yg berusia 70an adalah baik kecuali kencing manis dia yg dh lama tak nampak kesan2 penyakit itu. Semakin banyak ujian datang bertimpa-timpa kepadaku pada masa yang sama, dapatkah aku hadapi semua ini ??
Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah. Kau kurniaakanlah kesejahteraan kepada kedua ibubapa ku Ya Allah .. sembuhkanlah mereka dari apa jua penyakit dan jangan kau tambah lagi kesakitan yang sedang mereka hadapi sekarang.
bawak bersabar dan bykkan berdoa bro...
semoga semuanya akan kembali baik nnt...
insya Allah...