Celoteh Muzik
Berceloteh lagi aku di alam virtual ni ...
Dua hari ni kerja aku update blog aku dgn review filem yg aku tgk baru-baru ni, dah rasa mcm skema laa plak, so jom cool down a bit ok.
Kalau korang perasan atau dengar bila masuk blog aku ni korang akan dengar lagu kan (tu pun kalau network korang tak kena blok atau enable streaming mesti leh dengar), bahasa aper tu mungkin ramai tak pasti, Jepun pun bukan, Cina pun bukan, tu sebenarnya lagu Korea. Kumpulan gadis2 comey yg tgh meningkat naik dlm industri K-Pop yang menggelar diri mereka T-ARA sebutan bunyi "tiara". Mula2 dgr lagu mcm catchy so aku cari2 ler kt youtube, sekali keluar 6 org awek korea comey2 giler hehehe ...
Kumpulan ni asalnya 5 org tapi lepas ada yg keluar n tambah so skrg ni 6 org mcm gamabr dlm kulit album diorang yg atas tu. Lagu diorang ni lebih kurang mcm lagu Spice Girl dulu laa tapi Korean style, dengar lagu jer tak berapa kick, kena tgk video klik persembahan diorang baru kick hehe .. antara lagi diorang ni yg catchy, Bo Peep dan Like The First Time.
Adehhhh mcm mana laa aku boleh suka lagu diorang ni, haram tak paham pun, silap2 org kata aku bapuk lak sat lagi wakakaka .. aku lelaki sejati okkkkk hehehe. Tapi dh telinga aku ni jenis layan semua muzik dari metal, rock, alternatif, jazz, pop dan mcm2 lagi .. xcept dangdut indon (entah knp aku mcm tak leh nak hadam lagu2 dangdut indon nih hmmm)
tgk tu .. comey comey sungguh .. huhu
Aku tak pernah amik tau pun ttg lagu2 Korea ni sblm ni, cuma yg aku ingat dulu pakat duk gila drama dia, Winter Sonata dan lagu Korea tu yg tajuk pun sama, lepas tu Hazami amik n translate jadi lagu Sonata Musim Salji. Bila aku duk search ttg K-Pop ni baru aku sedar yg industri muzik korea ni besar jugak sebenarnya dan ada tardemark sendiri, dah boleh tandingi industi muzik Jepun dan Hong Kong. Tapi lagu2 dlm industi muzik Korea ni byk menjurus kepada POP dan boy atau girl group. Byk Boyband dan Girlband yg muncul dan dgn lagu2 yg catchy dan rupa paras ala2 keanak-anakan serta ditambah dgn sexy lagi membuatkan ramai tergila2kan meraka ini.
Kembali ke Malaysia, bila ler industri muzik Malaysia nak dpt tandingi industri2 muzik luar, toksah ler sampai Korea atau Jepun, jiran Indonesia cukup ler .. tgk kualiti video2 klip lagu2 diorang sudah ler .. nasib baik ler kt Malaysia ada juga production house yg kreatif dan berani utk tonjolkan pembaharuan, seperti KRU Productions. Senario terkini adalah Indie band yg mula membawa arus baru yang mana glamor bukanlah tujuan utama dlm produksi diorang, tapi muzik dan perjuangan Indie diorang diutamakan, muncul penyanyi2 Indie yg amat berbakat seperti Yuna, Hujan, Estranged etc. mungkin imej yg berkumpulan agak pelik atau sesetengah tu mcm takde fesyen apa2 pun main pakai jer baju apa pun dan yg perempuan mcm Yuna tu takde sexy2pun siap bertudung lagi tetap dpt tempat di hati peminat dgn lagu2 yg berkualiti. Bukan mcm sesetengah artis mainstream yg sexy giler, kontroversi sana sini .. terkenal kerana sexy dan kontroversi, bukan kerana lagu ke apa ke. Jadi harap2 artis2 yg byk kontroversi tu contohi sesetengah adik2 Indie korang tu yang jual bakat bukat jual kontroversi.
Alamak jadi serius laa plak .. baru aku nak cool down .. tu ler aku bukan leh berceloteh sgt jap lagi mula ler masuk tajuk sana sini hehehe ...
0 Response to Celoteh Muzik
Post a Comment