Adnan Sempit : Gelak ketawa pecah panggung
Pengarah : Ahmad Idham
Lakonan : Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along (Raja Lawak), Reanna, Cat Farish, Julia Hana
Jalan Cerita
Mengisahkan Adnan (Shaheizy), seorang mat rempit atau lebih dikenali sebagai Adnan@Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta. Pada masa yang sama Adnan menyimpan perasaan kepada bos tempat dia bekerja iaitu Nadia (Intan Ladyana). Tapi Nadia ni anak org kaya dan tak pandang pun mat despatch mcm Adnan tu dan dia pulak pernah putus cinta sebelum tu. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa. Nak dijadikan cerita satu hari tu kawan2 Nadia mencadangkan utk buat reunion party tapi Nadia tak berapa setuju sebab dia dh putus cinta, tapi kawan2 dia menyindir sebab takde pakwe dia tak nak pegi, on the spot jugak Nadia tarik Adnan ke dlm pejabat dia dan perkenalkan Adnan sbg boyfriend baru dia.
Dari situ bermulalah cerita diorang, mcm mana Nadia nak selami hidup Adnan dan Adnan nak sesuaikan diri dgn hidup Nadia yg mewah. Dlm masa tu juga Wawa, P.A. Nadia jatuh cinta dengan Bobby, kawan Adnan. Adnan juga selalu meminta nasihat dari abg sepupu dia Macha (Cat Farish) dan isteri dia (Julia Hana) (sambungan dari filem Remp-It lak, kan bila Farid Kamil mati awek dia Julia Hana kawin dgn macha, nama watak pun sama hehe). Kemudian datang pula Jofri, kawan lama Nadia yang cuba menjadi hero utk Nadia tapi sebenarnya mempunyai maksud jahat di sebalik kebaikan dia itu, yg mana dia mahu merosakkan rancangan Nadia untuk mendapatkan tender besar yg dia juga inginkan.
Apa kesudahannya? tgk ler kat panggung ..
Komen aku
Gelak ketawa gegar panggung nyer .. ni lah antara filem komedi Melayu yg buatkan aku gelak bagai nak rak. Bukan aku saja, tapi satu panggung gegar dgn gelak ketawa penonton. Kali ni Ahmad Idham berjaya mengutarakan unsur komedi sbg aspek utama dlm filem beliau, lakonan Shaheizy dan Along Raja lawak mmg berkesan, dgn keletah Along yg agak over dgn loghat utara tapi tak menenggelamkan watak Shaheizy sbg Adnan. Shaheizy sekali lagi membuktikan beliau seorang pelakon yg versatile dgn membawa watak komedi kali ini. Lakonan Norliana sbg Wawa juga agak berkesan, walaupun agak over tapi rasanya itulah watak yg nak dibawakannya, Intan ladyana pula menampakkan kematangan dlm lakonan tak seperti filem2 dan drama2 yg sebelum ini tapi masih belum pada tahap terbaik. Lakonan Intan tak memberi kesan utama pada keseluruhan filem ni, mungkin pada masa dia menghalau Adnan dari party reunion tu agak hidup lakonannya.
Watak utama diceritakan dgn baik terutama watak Adnan (dh mmg dia watak utama kan), watak Ndia juga dikembangkan dgn baik tapi agak kabur ttg kisah percintaan lamanya, aku pun tak dpt tangkap ttg kisah cinta dia just waktu watak Jofri muncul baru aku faham sikit2. Watak lelaki mamak yg suka menyanyi karaoke tu juga melucukan dgn lagu2 yg sesuai dgn mood ketika itu hehehe.
Skrip yg dibuat mmg jenis selamber dan aku rasa byk dialog yg dituturkan dlm filem ni adalah secara spontan atau telah diimprovised oleh pelakon2 terutama dialog Shaheizy dan Along serta watak mat2 rempit yg lain. Mmg dialog yg diutarakan amatlah menggelikan hati terutama pada penghujung filem ketika di dalam bilik mesyuarat tu dan pada ketika Nadia memohon maaf dari Adnan. Lakonan paling tak menjadi adalah watak Jofri, kaku dan tak jadi langsung nak berlagak macho n jahat. Nama pelakon dia pun aku tak kenal hehhee
Antara dialog yg buatkan aku dan satu panggung gelak pecah perut, takde kontrol2 dah hehe
”I don't want banana fruits 2 time”
“Awak tgk muka saya ni brutal, saya ni merempit, tapi dalam hati ada taman .. uwaaaaa “
Aksi2 rempit takde laa keterlaluan sgt sebab mengikut Bobby diorang Mat Rempit kelas A yang mematuhi peraturan jalan raya hehe. Mat Rempit pun ada kelas2 tau hehe. Tapi semua mat rempit dlm filem ni pakai motor standard takde bunyi nyaring and takde potong block, stendet mendet hehe maybe tajaan modenas kot sebab byk motor model terbaru modenas.
Banyak juga babak cara hidup mat rempit ditunjukkan dlm filem ni, dari lepak, racing dan shuffle sehingga le ke aktiviti seks bebas dlm hutan yg dikenali majlis Qeqah beramai2. Tapi kalau difikirkan balik tak perlu pun ada aksi qeqah tu tapi ntah kenapa nak dimasukkan ntah, siap letak bagi blur kat bahagian2 badan yg tak patut ditunjukkan tu.
Secara keseluruhan filem ini menghiburkan dan susunan plot yg agak baik, tapi beberapa adegan yg tak logik tu kalau tak dimasukkan pun takpe cthnya: kepala yg hilang akibat kemalangan dan beberapa hari lepas tu jatuh dr pokok kelapa. Msg utama adalah tak semua mat rempit tu jahat dan jgn nilai org tanpa kenal hati budi dia, mcm cerita Jackie Chan tadi jer hehe. Tapi ia hanyalah sekadar hiburan ringan sahaja. Cuma aku mcm konpius sikit watak Adnan ni, mcm carca marba sikit karakter Adnan ni sebab dia takde sikap yg betul2 lekat dgn wataknya, jiwang, lurus, ganas, rempit n brutal. Kira Adnan ni seorang yg complicated laaa kot.
Rating aku
Aku bagi 3.5 Bintang, walaupun menghiburkan tapi bagi aku ia hanyalah filem biasa yang mana watak2 yg dibawa oleh pelakon adalah ringan dan mudah untuk seorang pelakon profesional kecuali watak Adnan yang byk variasi emosi dia.
0 Response to Adnan Sempit : Gelak ketawa pecah panggung
Post a Comment