Movie : The Imaginarium Of Dr. Parnassus





Sempat juga aku tgk filem ni, di Malaysia filem ni kurang di promosikan, aku tau filem ni mula tayang pun bila tgk poster kt panggung jer. Filem ni sebenarnya filem terakhir Heath Ledger yang mati sebelum siap sepenuhnya penggambaran filem ni. Wlaubagaimanapun kehadiran rakan2 Heath seperti Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel setelah kematian Heath telah mambantu menyiapkan filem ini, mereka membantu membawa watak Heath di dalam dunia imaginasi.


Director : Terry Gilliam
Cast : Christopher Plummer, Andrew Garfield, Lily Cole,Verne Troyer,

Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel
Jalan cerita :
Dr. Parnassus asalnya adalah seorang ketua sami yang telah hidup sejak beribu tahun dahulu dan telah ditipu oleh syaitan utk hidup sbg manusia biasa. Kemudian dia telah melakukan pertaruhan dgn syaitan utk mendapatkan keremajaan dan hidup selamanya kerana terpikat kpd seorang wanita muda, Pertaruhan itu adalah memberi syaitan itu anak perempuan dia setelah anak itu berusia 16 thn. Selepas isterinya mati, dia mengembara dengan menggunakan kereta kuta yg diubah menjadi seperti caravan dan juga sbg pentas persembahan dia. Melalui persembahan ini Dr. Parnassus akan cuba menarik sesiapa shj utk masuk ke dlm cermin misteri yang akan membawa ke dunia imaginasi. Dalam perjalanan ini Dr. Parnassus bertemu dgn watak Tony (Heath Ledger) seorang hartawan penipu yang cuba di bunuh oleh mafia Rusia.

3 hari seblum tiba hari lahir ke 16 anaknya, dia membuat pertaruhan terbaru iaitu utk mendapatkan 5 jiwa utk dibawa ke arah kebaikan di dunia imaginasinya itu sebelum syaitan dpt mengumpulkan 5 jiwa juga yang terpengaruh dgn nafsu. Tony membantu Dr. Parnassus tapi dgn niat tersirat dlm dirinya, tetapi akhirnya anaknya sendiri yang menjadi jiwa kelima dikorbankan kepada syaitan secara tak sengaja. Yang lain nanti korang pegi tgk sendiri ok hehehe.

Mungkin korang tertanya2 kat mana pulak dtgnya Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel ? mereka sebenarnya bergilir2 membawa watak Tony (Heath ledger) yang mana rupa Tony akan bertukar menjadi rupa mereka bila masuk ke dunia imaginasi melalui cermin khas dlm pementasan mereka. Walaupun masing2 hanya muncul seketika dlm filem ni tapi lakonan mereka amat berkesan dan meyakinkan.

Komen aku:
Filem ni secara ringkasnya adalah bertemakan Good vs Evil punya cerita. Yang mana Evil menggunakan daya tarikan nafsu utk merosakkan insan manakala Good memanipulasikan imaginasi insan utk memberi gambaran ttg jalan yang benar. Itu intipati saja, kalau tak menghayati betul2 mungkin penonton akan terbawa2 oleh mainan grafik dan suasana dunia imaginasi yang dihidupkan dgn bantuan CGI. Pembinaan watak2 dlm filem ini agak kelam kabut dan terlalu ringkas penceritaan watak dlm lakonan meraka. Mungkin disebabkan skrip yang kurang bagus.

Secara terus terang aku takde laa nak promote suruh korang pegi tgk filem ni sgt, sebab filem genre ni agak berat dan mungkin akan membosankan korang, sekiranya korang suka filem cinta, komedi atau aksi, lain laa kalau sebab korang nak sekadar nk tgk Johnny Depp, Jude Law atau Collin Farrel, utk yg pompuan ler hehe. Penceritaan ala2 pementasan teater dan digabung dgn kesan khas utk menggambarkan gelora perasaan/keinginan/nafsu serta perubahan set penggambaran yang tiada kesinambungan yang konkrit menyebabkan penonton tertanya2 kenapa tiba2 ada itu dan ada ini plak. Mungkin ada isi tersirat tapi agak sukar sampai keapda penonton dgn gaya penyampaian yg agak absurd sebegini. Mungkin berpegang kepada tajuk "IMAGINASI" itulah yang pengarah Terry Giliam membawa dunia imaginasi dlm filem ini dengan agak radikal. Kesan khas CGI yang digunakan mmg cantik dan bagus, tanpa kesan2 khas ini mana mungkin dunia imaginasi yang nak digambarkan dapat diwujudkan di layar perak. 

Pendapat peribadi aku lak, filem ni secara tersirat menggambaran sifat manusia yang suka mengikut nafsu walaupun manusia itu tahu yang ia akan merosakkan diri sendiri akhirnya. Byk pengajaran boleh dikaitkan dgn imaginasi2 insan yang memasuki cermin di dalam imaginasi tersebut. Setiap insan ada kemahuan, sehingga ke satu tahap dia sanggup lakukan apa sahaja utk dptkan kemahuannya tersebut. Filem ni membuat aku berfikir kenapa dan mengapa begitu jadinya. Filem ini sudah semestinya bukan utk sekadar hiburan ringan utk melepaskan stress tapi satu gambaran tersurat yang membawa mesej tersirat disebalik gambaran itu ... aku pun dh mula cakap pusing2 hehehe

Rating Aku




Dari 5 bintang hanya 3 BINTANG utk filem ini.





Fakta Menarik : Selaku sahabat yang prihatin, Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel, mereka bukan shj membantu menghidupkan semula filem ini yang tak sempat siap kerana kematian Heath Ledger, malahan mereka telah mendermakan semua bayaran dan pendapatan dari hasil lakonan mereka di dalam filem ini kepada Matilda, anak perempuan Heath yang berusia 2 thn yang tidak tersenarai dlm wasiat Heath yang mana wasiat itu dibuat sebelum kelahirannya, Heath tidak sempat membuat wasiat baru sebelum dia mati. DIkatakan Tom Cruise juga telah menawarkan diri utk membawa salah satu watak Heath utk filem ini tapi ditolak pengarahnya.

1 Response to Movie : The Imaginarium Of Dr. Parnassus

  1. mmmm... yang tertido sampai erdengkur kat sebelah tu taknak citer lak yer... hehehe

Related Posts with Thumbnails