Jumaat di Putrajaya
Jumaat adalah hari yg selalu dinantikan oleh ramai org terutama org keja gomen, kenapa?
sebab jumaat last day in the week, esoknya sabtu dan ahad cuti ... hehehe
Di Putrajaya ni Jumaat antara hari paling sibuk dan sesak di Putrajaya, terutama time nak keluar rehat antara jam 12.00 ke 12.30 tgh hari.
Biasalah yang lelaki selalu nak keluar awal sebab nak pegi lunch dulu dan lepas tu nak ke masjid. Akan tetapi ... jeng3 ... dalam kesesakan tu dpt dilihat kereta2 kaum hawa ni pun sama byk dgn kereta kaum adam dlm line jem tu. Kalau yg satu kereta sorang tu ok lah, boleh diconsider nak balik amik anak ke apa, tapi yg satu keta 3-4 org yg tak kawin lagi ni (aku kenal ler sebab antaranya budak2 opis aku hehe) pun sama duk berasak2 kat trfik light depan opis dan menuju ke Alamanda. Cuba kalau masa tu baru dpt gaji, alamat jem teruk laaa kat trafik light depan opis aku ni.
Kalau yer pun, bagi laa chance kt kaum adam ni bergerak dulu sebab dlm pukul 1.15 tu dh nak ada kt masjid sedangkan kaum hawa ni sampai jam 2.45 ptg still free utk waktu rehat. Tapi apa nak buat, mungkin kaum hawa ni tak terpikir hal tu sebab duk teringat McD, Pizza Hut, KFC ataupun Kenny Rogers atau maybe ada sale kat mana2, ada sesetengah kaum hawa ni sanggup pegi ke Nilai3 semata2 nak shopping waktu rehat tu, dasat2.
Satu lagi yang menjadikan kawasan Putrajaya terutama Presint 2 ni sesak pada hari Jumaat sebab Pasar Tani Mega yg bermula dari jam 10 pagi sampai 10 mlm, masalah utama apabila org ramai meletak kereta di bahu jalan kiri dan kanan sehinggakan jalan 3 lorong jadi satu jer, dah tu jalan tu antara nadi utama nak ke kawasan pejabat Presint 2,3,4. Tapi yang bagusnya, kaum2 hawa yg berdekatan kalau nak ke pasar masa rehat tgh hari diorang jalan jer so kurang laa sikit kereta atas jalan.
Lagi satu perkara wajib yg akan menyumbang kepada ramai keluar pada satu masa adalah utk mengambil anak dr sekolah, dlm hal ni tak boleh nak ckp apa2 la, dh kewajipan ibubapa, kalau yg naik bas atau jalan kaki tu lain laa, ikut cara masing2.
Masalah lalulintas lain kat Putrajaya ni adalah terlalu byk trafik light, dari rumah aku nak ke pejabat dlm 4km jer tapi ada 8 trafik light terpaksa aku tempuhi utk sampai ke pejabat. Hari ni pulak time nak masuk opis lepas solat Jumaat tadi salah satu trafik light tu buat gila, hijau naik dlm 5 saat jer, sempat lepas 4-5 buah keta jer sekali menyala hijau, dah tadi aku tersangkut kt situ dekat setengah jam. Diorang ckp trafik light kt Putrajaya ni jenis trafik light pintar, boleh detect kereta byk ke sikit, tapi aku tgk tak pintar pun, bengong lagi ada laa.
Itulah serba sedikit senario hari Jumaat di Putrajaya ni. Apa pun aku rasa bersyukur dpt kerja di Putrajaya ni, walau pun mcm2 senario tapi tak ler seteruk keadaan org dan trafik jem di KL, itu boleh kata kena bawa nasi dan air buat bekal kalau dh tau nak sangkut dlm jem hehehe.
Jumpa lagi ... Adiooss
0 Response to Jumaat di Putrajaya
Post a Comment