Movie : Did You Hear About the Morgans?
Directed : Marc Lawrence.
Main Cast : Hugh Grant, Sarah Jessica Parker
Berkisar ttg satu pasangan yang dlm proses berpisah disebabkan kecurangan si suami Paul Morgan (Hugh Grant), pasangan bandar yang masing2 berjaya dlm kerjaya mereka. Paul cuba memujuk Meryl Morgan (Sarah Jessica Parker) utk berbaik semula, tapi amat sukar. Mereka secara tak sengaja menjadi saksi kepada pembunuhan dan terpaksa mengikuti program perlindungan saksi. Mereka ditempatkan di sebuah daerah yang agak terpencil di Wyoming dan tinggal bersama pasangan cowboy. Di sini mereka mula mengenal kembali hati budi masing2 dan terbongkar beberapa rahsia lagi yang kembali mengeruhkan perhubungan mereka. Pada masa yang sama pembunuh tadi dpt mengesan lokasi mereka dan datang utk membunuh mereka. Tapi mereka diselamatkan oleh penduduk2 daerah tersebut.
Komen aku :
Ini adalah filem terbaru aku tengok kat cinema. Tengok tajuk pun mcm pelik sikit, tapi bukan sebab tajuk tu yang menarik minat aku, tapi sebab nak temankan cik kak sorang tu yang minat sgt nak tgk filem ni hehe. Alang2 dh tgk so aku review laa sikit.
Plot filem ni adalah lebih kurang typical love story yang lain ditambah dgn komedi ringa, mcm mana nak pikat hati si pompuan tapi kali ni nak selamatkan perkahwinan. Cuma ditambah suspen sikit dgn adegan bunuh dan tembak menembak. Dari segi lakonan dan jalan cerita bagi aku lebih entertain dari filem love story yg aku tgk sblm ni spt The Proposal lakonan Sandra Bullock, tapi tak leh lawan filem Ghost of My Girlfriends Past lakonan Matthew McConaughey dan Jennifer Garner.
Lakonan lak, Sarah Jessica Parker bagi aku lakonan dia ok laaa .. sebab aku tak pernah tgk dia berlakon dlm filem lagi cuba dlm siri Sex & The City jer. Filem Sex & The City pun aku tak tgk lagi. Tapi watak Meryl Morgan ni tak mencabar dan tak menyerlah lakonan sebenar sebab watak agak ringan. Hugh Grant lak aku rasa kena stop laa berlakon filem love story mcm ni, sama jer watak dia mcm Four Weddings and a Funeral dan Notting Hill, lagipun lakonan dlm filem ni kurang menyerlahkan aura charmingnya dan, tapi mungkin sebab loghat UK dia tu yg jadikan dia laku utk filem2 mcm ni, ada pompuan US cakap lelaki yg cakap dgn loghat UK ni sexy, ntah ler. Yang pasti wajah dia dah kelihatan agak tua skrg. Kehadiran Sam Elliot (Tombstone) dan Mary Steenburgen (Back To The Future 3) sekurang2nya membantu certa ini dgn lakonan bersahaja mereka yang byk pengalaman dlm filem2 koboi sebelum ini.
Filem ni sesuai utk rilek kepala otak sebab ringan dan senang nak paham, kalau saper2 nak rilekkan kepala dari filem2 penuh dgn CGI dan jalan cerita yang kompleks boleh laa layan filem ni, tapi aku tak excited sgt dgn filem ni, sekadar komedi ringan dan kisah cinta biasa yang boleh dibaca jalan ceritanya.
Rating aku :
Dari 5 bintang aku bagi 2.5 bintang.
Paling suka Hugh Grant berlakon dalam filem Notting Hill.
By the way kalau nak download takwim cuti sekolah 2010 bolehlah layari bloginformasi.com
huhhhh.. menyesal pegi tgk pelem ni... watak meryl morgan tu has reminded me to my ex-boss.. so annoying.. huh~