Starbuck Coffee di Malaysia HALAL
Baru-baru ni aku ada terbaca satu petikan yang mengatakan Starbuck Coffee telah disahkan JAKIM sebagai HARAM. Aku takde lah hairan sgt sebab aku bukan minat pun hal2 berkaitan kopi nih. Tapi nak dijadikan cerita, harini sedang aku duk surf laman web JAKIM dan Halal sebab nak cari maklumat lain, tiba2 terserempak lak dengan kenyataan dari pihak JAKIM. Kenyataan yang berupa satu jawapan dari pihak JAKIM yang menafikan pihak JAKIM membuat pengumuman sedemikian. Jadi tergerak rasa nak maklumkan hal ni supaya sesapa yang baca blog aku ni tak mendapat info yang salah dari sumber yang tak betul.
Sila rujuk ke link berkenaan untuk mendapat maklumat selanjutnya ...
Mengikut jawapan JAKIM tersebut, Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM pada 1 Ogos 2009 dan sah sehingga 31 Julai 2012. Jadi, pengesahan yang benar sah adalah JAKIM mengesahkan yang Starbuck memang mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
Aku bukanlah nak suruh orang pergi beli Starbuck nih, cuma aku nak menyampaikan maklumat yang betul, tu saja. Kalau maklumat tu tak betul dan kita sebarkan jadi kita pun adalah ejen penyebar fitnah dan maklumat yang salah. Isu yang aku bangkitkan ni dari segi sebaran maklumat yang tak betul dan dari aspek HALAL, kalau dari aspek lain mcm syarikat Starbuck ni Yahudi punya ke, Amerika punya ke, yang tu isu lain dan takde kaitan dgn entri aku kali ni yer.

Apa pun aku tak kisah sgt sebab aku mmg dah tak layan pun Starbuck ni, layan Kopi Cap Kapal Api lagi bagus hehehe ... ciao
0 Response to Starbuck Coffee di Malaysia HALAL
Post a Comment