Bonus Setengah Bulan


Alhamdulillah ... tu jer lah ucapan yang keluar, dapat gak maintain budget raya kali ni...
Dah beberapa tahun kakitangan awam tak merasa dapat bonus, akhirnya tahun ni dpt gak setengah bulan. Sebelum ni kakitangan awam hanya merasa bayaran saguhati, ihsan dan mcm2 nama lagi ler dipanggilnya sebanyak RM500 tapi tahun ni dapat juga merasa bonus setengah bulan. Dan diberikan sebelum raya .. lagi ler suka warga kakitangan awam .. tapi aku tak berapa suka, sebabnya, konfirm sebelum sampai raya dah habis duit bonus tu sebab berbelanja raya sakan. Lepas tu sama jer statusnya, duit bonus macam tak sempat pegang pun rasanya. Tapi tu masing2 punya sikap dan nafsu berbelanja ler. untuk yang berkeluarga besar tu memang banyak membantu lah untuk perbelajaan raya anak2. Ada pro dan kontra nya lah mengikut situasi.

Bagi aku pengumuman ni adalah bagus untuk tingkatkan motivasi kerja kakitangan awam seperti aku. Ramai orang memperlekehkan kakitangan awam ni, terutama orang yang kerja swasta. Bagi mereka kakitangan awamn kurang kerja dan tak profesional. Tapi hakikatnya kerja di sektor awam ni sekarang dah sama level dgn kerja swasta. Bertimbun-timbun kerja seharian, mengadap dokumen dan report sampai malam, kerja luar sampai berminggu kadang-kadang tu, kena tinggal anak bini bagi yang dah berkeluarga dan macam-macam lagi. Ramai orang memberi komen negatif sebab meraka tak tahu situasi sebenar dalam sektor kerajaan.

Selain itu, komen-komen negatif juga keluar apabila segolongan kakitangan awam ni suka membuat perangai malas dan membuat kerja sambil lewa. Memang tak dinafikan memang ada golongan sebegini dalam sektor awam. Tapi pernahkah disiasat betul2 level manakah, jawatan apakah kakitangan awam yang sifat sebegitu ? Kakitangan awam ni bukan semua lepasan diploma, bukan semua lepasan Ijazah ... ada yang lepasan SPM dan SRP juga. Jadi mentaliti dan cara motivasi kerja masing2 adalah berbeza, jadi jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kat pejabat yang ada pekerja tak sampai 50 org pun ada yang berperangai sebegitu ni kan pula kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang, mesti tak lepas dari keadaan dan masalah yang sama. 

Kadang-kadang aku tengok sesetengah kakitangan awam ni nak naik pangkat, tapi tak nak pindah. Bila kemahuan tak dituruti mula ler buat laporan kat NGO laa, buat press conference laa ... bukan ke masa mula2 minta kerja dulu dah diberitahu yang kakitangan awam ni mmg mobile dan mungkin akan dipindahkan mengikut keperluan. Kat office aku ni, antara tempat yang selalu kakitangan dipindahkan disebabkan naik pangkat atau sebab penstrukturan semula. Tapi tak pernah lak timbul situasi mengadu kat pihak luar nih. Yang rasa tak nak pindah disebabkan kenaikan pangkat diorang tolak offer kenaikan pangkat tu dan terus di tempat lama. Dalam sektor awam, jawatan bukan boleh senang-senang nak dicipta di tempat-tempat kerja. Perlu dapatkan kelulusan JPA dan kena babitkan peruntukan pula. Jadi kalau dah jawatan tu takde di tempat tersebut terpaksalah kakitangan tersebut ditukarkan, tapi ia untuk memenuhi keperluan naik pangkat kakitangan tersebut juga, bukan saja2 dipindahkan (kecuali ada kes2 lain di sebaliknya lah). Rasanya semua kakitangan awam faham kot situasi ni, tapi ada juga yang sengaja buat2 tak faham rasanya.

Satu lagi mungkin juga pembayaran bonus kali ni sebab pilihanraya dah dekat kot hehehe. Kakitangan awam ni 1.2 juta orang, pesara lak lebih 200 000 rasanya. Jadi besar jugak pengaruh kakitangan awam dalam pilihanraya ... tapi ni sekadar andaian aku jer lah hehe.

Banyak lak aku membebel ... yang penting untuk kakitangan awam semua, sama-samalah kita nantikan bonus tahun ni, dah dapat bonus tu jangan berbelanja mambabi buta. Berbelanja dengan berhemah dan guna akal bukan ikut nafsu ... ciao

0 Response to Bonus Setengah Bulan

Related Posts with Thumbnails