Selebriti Putus Tunang


Nampaknya bila pegang title selebriti ni memang banyak dugaannya kan. Selalu kita dengar cerita selebriti ni bercerai berai selepas mendirikan rumahtangga. Tapi ada juga yang bahagia sampai ke anak cucu. Jadi kat mana silapnya pun tak tahu lah. Tapi baru2 ni heboh cerita tentang selebriti putus tunang. Berbanding bercerai tu rasanya putus tunang tak seberat kes bercerai talak ler kan, cuma mungkin ada pihak yang mungkin rasa malu disebabkan perancangan asal yang tak menjadi. Apatah lagi sekirnaya majlis pertunangan tu dibuat lebih besar dari majlis kahwin sesetengah orang tu.

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi, bintang bolasepak muda negara yang semakin bersinar dalam kancah bolesepak negara, telah melangsungkan pertunangan dengan Aimie Harmelia pada 17 May 2011. Tapi ikatan pertunangan tersebut sekadar bertahan beberapa bulan sahaja apabila diberitakan Khairul Fahmi telah memutuskan pertunangan tersebut tanpa diketahui alasanya.


Ally Iskandar
tinggal kenangan

Siapa tak kenal Ally Iskandar, pengacara versatile di TV3 dan pernah menjadi pensyarah di UITM. Ally telah mengikat pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada awal tahun ini tetapi hanya bertahan sehingga 30 Julai yang lepas. Bekas tunangan Ally ini juga adalah selebriti sekarang selepas manjadi naib juara acara Gadis Melayu yang lepas. Dua-dua selebriti pun tak jadi juga yer, apalah masalah yang diorang hadapi sebenarnya kan.

___________________________________________________________________


Rasanya bila berbicara bab pertunangan ni, masing2 ada pendapat sendiri dan mugkin juga da yang terlupa dalam Islam menyuruh kita supaya merahsiakan pertunangan dan war-warkan perkahwinan, kalau nak maklumkan pun pertunangan ni hanya kepada saudara mara terdekat sahaja. Tapi zaman skrg apa yang dpt dilihat majlis pertunangan dah nampak macam majlis kahwin caranya, kadang2 lebih besar dari majis perkahwinan sesetangah orang tu. Sampai aku sendiri pernah terdengar seorang rakan aku yang dikategori org bandar ni pernah kata "bodoh" kepada orang yang bertunang diam2 dan tak buat majlis yang besar. Dalam hati nak juga aku tegur tapi apa nak buat bila dah dibesarkan dalam keadaan sebegitu. Tak perlulah aku nak huraikan panjang tentang merahsiakan pertunangan nih, kalau nak hurai pun mungkin entri lain ler. Kepada selebriti2 yang putus tunang nih atau sesiapa sahaja yang alami keadaan yang sama, harap bersabar dan berusahalah lagi. Mungkin dah takdir takde jodoh atau mungkin ada kesilapan pada diri kita sendiri. Jadi sama2 kita jdikan iktibar untuk kita perbaiki hidup kita pada masa akan datang .... Wallahua'lam.

2 Response to Selebriti Putus Tunang

  1. Unknown says:

    takmo la tunang2,kawin terus lagi senang....hehehehe

  2. boleh ajer .. ramai per buat mcm tu hehehe .. tak pun tunang pagi, ptg kawin hehehe

Related Posts with Thumbnails