Selamat Hari Jadi vs Happy Birthday


Lagi ttg kelahiran.


Aku mcm pelik sikit kenapa orang di Malaysia suka guna term "Selamat Hari Jadi" utk ucapan kepada sesiapa yang menyambut hari kelahirannya. Memang ada yang guna "Selamat Hari Lahir" tapi tak ramai rasanya.


Bahasa Inggeris menggunakan istilah yang betul pada pendapat aku, "Happy Birthday", direct translation ke bahasa Melayu = Selamat Hari Lahir. Yang org kita ramai guna Selamat Hari Jadi tu dtg dari mana pulak?


Tahu ke kita bila hari jadi kita secara tepat, yang tentunya kejadian kita sbg manusia bermula ketika di dalam rahim ibu lagi yang tak siapa pun tahu masa dan tarikh yang tepat kejadian tersebut.


Peringkat utama kejadian manusia tentulah ketika persenyawaan antara sperma dan ovum, tapi tarokh dan masa hal ni berlaku tak diketahui secara tepat, doktor2 pun hanya membuat anggaran sahaja untuk wanita yang mengandung.
.................................................................................................................................................................


Kita ambil pandangan dari aspek agama pula, mengikut Islam ketika di alam rahim perkembangan manusia bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.


Para Ulamak sependapat mengatakan peniupan roh berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan manusia telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
.................................................................................................................................................................


Oleh itu pada pendapat aku, penggunaan ucapan "Selamat Hari Jadi" untuk mengingati tarikh seseorang itu dilahirkan ke dunia ini adalah tidak tepat, ucapan "Selamat Hari Lahir" atau "Happy Birthday" adalah lebih tepat dan sesuai untuk ucapan yang menggambarkan dan mengingatkan hari kelahiran seseorang itu.


Just my 2 cent opinion ...

1 Response to Selamat Hari Jadi vs Happy Birthday

  1. errr.. rasanya aritu ayang ckp hepi besday kan... hhehehe~

Related Posts with Thumbnails