Aktiviti DIY/DIT Hujung Minggu


Ahad semalam, aku bangun awal, jarang aku bangun awal hari ahad ooo

Bukan apa sebenarnya nak pegi DIY/DIT kelab keta yg aku join di Bukit Jalil, tgk kawan2 dunia akhirat aku pun mcm diam jer weekend ni so malas aku nak kacau, ada yg balik kg dan ada yg ada urusan keluarga. So better bagi diorang settlekan hal2 yg lebih penting dulu.


Aktiviti DIY/DIT (Do It Yourself/Do It Together) ni tak kerap sgt aku join, setahun sekali dua jer terutama dekat2 masa cuti panjang and nak balik kg atau berjalan jauh. Ni satu kebaikan join kelab2 keta mcm ni, bila bt DIY/DIT ni kita dpt jimat belanja, cuma beli brg dan pasang sendiri, rakan2 yg ada ilmu akan bantu dan sama2 belajar. Kdg2 tu modal hanya RM25 jer kalau buat sendiri tp kadang2 pergi bt kat kedai sampai RM100 dichargenya utk org yang tak tau harga sebenar. So kelab keta ni bukan semuanya jenis samseng jalan tapi salah satu cara social networking zaman skrg antara rakan2 yg sama minat dan kesukaan.


Berbalik cerita DIY aku hujung minggu aritu. Aku sampai ke lokasi dlm pukul 8.50 pg dan tgk bro Tennogelap dh sampai, lama menghilang otai keta ijau nih, siap kena soal siasat dgn polis lagi hehe. Lepak n borak sambil tunggu yang lain dtg, org ketiga sampai Naixe dan kemudian seorang demi seorang wiser sampai.




Aktiviti DIY/DIT bermula dgn rasminya jam 10.30 pagi. Kali ni DIY/DIT biasa spt fogging dan cuci TB tak dibuat sebab takde wiser yg nak buat. Antara kerja2 yg dibuat kali ni spt .. Pasang speaker belakang, Pasang stabilizer, Pasang fuel regulator, Pasang short shifter, tukar bulb depan, pasang cup holder dan adjust bumper.
Aku lak kali ni pasang cup holder dgn jayanya dibantu oleh bro tenno .. nak pasang cd rack tapi tak dpt sebab frame besi kt dashboard aku takde, mana ler aku letak nih hehe

kondisi dashboard masa tgh bt keja

Aktiviti yg paling pelik maybe takde dibuat DIY/DIT kelab lain adalah belajar mencolek pintu keta J4ckpot hehehe ... sebab kunci keta terkunci di dalam .. kredit kpd bro piee (wirahitamblack) yg berjaya mencolek pintu keta sampai terbuka hehe. Dalam pukul 1.00 ptg semua yang masih ada bergerak ke RnR Awam Besar utk menjamu selera, lepas makan2 sempat lagi layan rc drift tgh2 panas. Semua bersurai lebih kurang jam 3.15 ptg. 


Terima kasih kepada kepada bro tenno yg byk tolong aku bt DIY kali ni. Byk ilmu jugak belajar kali ni. Insyaallah boleh dipraktik dgn rakan2 dunia akhirat aku nanti hehehe









0 Response to Aktiviti DIY/DIT Hujung Minggu

Related Posts with Thumbnails