Catatan sebuah perjalanan tanpa tujuan.


Jam sekarang lebih kurang 3.30 pagi, aku baru sampai di rumah. Lepas habis citer James Bond dlm pukul 12.30 mlm tadi aku tak tau nak buat apa, panas giler rasa duk dlm rumah ni, ingat aku sorang je rasa mcm tu tp member aku pun komplen mlm ni panas. Last2 aku pakai seluar, pakai baju, amik kunci kereta dan keluar. Nak ke mana pun aku tak tau, kena ekon keta rasa sejuk sikit, aku mula lah memandu.

Mula aku ke Bandar Baru Bangi isi minyak kt stesen ESSO sebelah SOHO seafood, ternampak lak gerai jual kasut crocs kt situ, singgah kejap tapi takde saiz lak, lagipun baru perasan dlm poket ada RM15 jer hehehe. So sambung drive. Aku turn balik ke arah Putrajaya and terbelok ke Serdang, dah sampai area Serdang pikir lak apa ada kt Serdang tgh2 malam ni, so aku terus lagi and aku punya plan pegi ronda2 KL lah .. mlm2 cuti ni sure tak byk keta. Sebab duit ada RM15 jer nak cucuk kt mesin ATM pun dah offline rasanya so aku masuk jalan tak kena tol ikut Serdang Raya. Aku drive sampai ke Jalan Istana, dah malas laa plak rasanya, tapi dh alang2 terus jer lah, masuk ke Lebuhraya Mahameru n naik ke jalan Parlimen lalu sebelah lake garden dan destinasi aku Dataran Merdeka. Sampai saja kat area tu aku tgk punya byk keta parking tepi jalan kat dataran tu, cuti2 panjang ni pun ramai rupanya. So tak jadi berenti, aku terus lagi, ikut jalan belakang Sogo sampai ke Chow Kit dan terus pegi Kampung Baru, dari situ aku pegi ke Bulatan Pahang dan terus ikut Jalan Tun Razak balik ke highway KL-Seremban. Mata pun dh ngantuk, tiba2 lak ada road block kt jalan Tun Razak, layan jer laaa .. lepas road block tu aku drive sampai kat stesen ESSO sebelum tol sg. besi yg sebelah Mint Hotel tu, berenti lepak jap, layan mata aku yg dh layu tu, tau2 terlelap jap hehe .. 5 minit aku jaga masuk beli air and makanan ringan.

Sambil minum n duk tgk keta lalu lalang kat highway tu mata pun dah jadi segar balik so start keta n nak terus balik, sekali lagi aku cilok dari bayar tol masuk ikut jalan pintas baru ikut South City Plaza n keluar kat The Mines. Tapi sekali lagi aku jumpa road block kat jalan pintas baru tu, layan jerr .. keta aku semua lulus JPJ maaaaa .. nak dijadikan cerita lepas stesen komuter Serdang tu ada lagi satu road block, lepas jugak .. 3 road block aku layan malam ni, letih2 .. mujur le kata tak byk takde laa lama sgt beratur. Aku juga dapat buktikan yang masih ada laluan yang tak terlalu susah untuk ke KL dari Putrajaya tanpa perlu membayar tol .. hehe

Sambil layan drive tu telinga aku diasak lagu dari radio dalam keta aku, lagu2 malam ni agak rilek dan tak terlalu syahdu yang amat membantu aku menenangkan diri dari memikirkan segala yang menimpa diri ku. Lampu2 jalan bukan sahaja menerangi jalan sahaja tapi bagi aku ia bagaikan membantu menerangkan laluan yang perlu aku tempuh dan seperti memberitahu aku yang masih ada sinar dalam hidup aku ini.

Dan sekarang aku tiba dengan selamatnya di rumah... mata pun belum mengantuk, rehatlah sekejap diri ini sementara menunggu subuh menjelma.

Catatan sebuah perjalanan tanpa tujuan ..

0 Response to Catatan sebuah perjalanan tanpa tujuan.

Related Posts with Thumbnails