Isu Logo Merdeka 2012
Selain kerancakan sambutan Ramadhan dan kehavocan tayangan filem The Dark Knight Rises, ada satu lagi perkara yang popular diperkatakan sekarang, iaitu berkenaan logo sambutan Merdeka 2012. Cuba tengok logonya dan baca penerangannya kat bawah ni.
LOGO MERDEKA 2012
Apa pendapat korang ? ikhlas seikhlas-ikhlasnya ...
Pendapat aku senangnya .... APA KEJADAH .... sungguh sedih aku dengan pemilihan benda ni, tak tergamak aku nak gelar sebagai logo benda ni. Dah tak macam logo. Patutlah rakan-rakan aku yg keja sbg graphic designer bising satu Malaysia bila diorang tengok benda yang dikatakan logo nih. Ada yang sampai mengeluh sia-sia dia belajar designing bertahun-tahun bila logo macam ni nak di jadikan tatapan 27 juta rakyat Malaysia, suruh dia buat lagi bagus katanya ... hehe.
Secara peribadi aku rasa, saper yang buat benda ni langsung tak faham tentang apa itu maksud LOGO. Sebenarnya ini bukan logo tetapi sebuah iklan. Dalam logo ini pada pendapat aku hanya nombor 55 dan perkataan Janji Ditepati yang paling penting. Perkataan MERDEKA tidak perlu ada kerana semua org dh tahu ini logo sempena hari Merdeka. 1 Malaysia juga tak perlu ada kerana 1 Malaysia adalah konsep lain yang dilaksanakan sepanjang masa bukan semata2 pada hari keemrdekaan, di sini dh dpt dilihat pertindihan mesej antara konsep 1 Malaysia dan semangat Kemerdekaan. Dan Jalur Gemilang, berapa banyak jalur Gemilang nak tonjolkan, Satu Jalur Gemilang sedang berkibar, Satu Jalur Gemilang dalam nombor 1 dan warna2 yang berkaitan Jalur Gemilang menampakkan sesak jadinya. Sebaiknya design, warna atau identiti Jalur Gemilang tak perlu diutarakan secara nyata atau sebuah bendera, leboh baik di jadikan simbol dan di selitkan dengan design bulan bintang serta gabungan warna identiti Jalur Gemilang, Sebagai rakyat Malaysia kita semua tahu design Jalur Gemilang. Dan aku rasa ni campuran pendapat banyak orang yang nak itu ada, ini ada dan yang wajib ada. Senang cakap yang bg idea dan yg reka logo ni mmg bukan org yang peka tentang designing ler. Baca penerangannya lagilah memilukan hati aku ni, macam tak berapa cerdik saja penerangannya, rasanya penerangan tu terpaksa dibuat berdasarkan apa yg ada atau beradasarkan apa yang BOS nak. Rasanya minta budak sekolah rendah lukis logo Merdeka tahun ni pun rasanya hasilnya mereka lebih faham apa itu LOGO.
Sebaiknya penciptaan logo merdeka ini dibuat seperti suatu ketika dulu, dibuat satu pertandingan dengan meletakkan syarat apa yg perlu ada pada logo tersebut dan penyertaan dibuat undian oleh orang ramai. Bukan mcm ni, dah ler takde penglibatan orang ramai dah tu hasilnya pulak amatlah tidak memuaskan dan menampakkan sangat menonjol isu kepolitikan. Tema JANJI DITEPATI tu bagi aku dah boleh diterima, tapi bila keluar logo ni, HANCUSSSSSS (hancur terus).
p/s : ada ke perkataan "erdeka" ..... LOL ...
0 Response to Isu Logo Merdeka 2012
Post a Comment