Nukilan Jiwa ... Ramadhan 1433
Selamat datang Ramadhan 1433 ...
Kehadiranmu Ramadhan sentiasa dinantikan setiap jiwa umat Muslim.
Pembawa sejuta harapan da sinar dalam menambah saham setiap jiwa Muslim untuk dibawa ke akhirat nanti.
Ramadhan 1433 ini buat pertama kalinya, hati ini terasa amat syahdu, selepas 32 tahun bersama akhirnya Ramadhan kali ini aku sekelaurga menyambutnya tanpa kehadiran Ayahku yang tersayang. Kepergian Ayah ke Rahmatullah lebih kurang 10 bulan lepas amat terasa bila tiba bulan ini. Tiada lagi kelibatnya di hujung meja makan, tiada lagi terdengar suara pertanyaan Ayah pukul masuk waktu berbuka. Selalunya sambil menunggu waktu berbuka Ayah akan duduk di kerusi malas dan memandang ke luar tingkap rumah melihat kereta lalu lalang di jalan serta mendengar alunan lagu2 dan iklan2 sempena Ramadhan di corong radio. Maklumlah di tv waktu berbuka yg disiarkan hanya waktu di lembah Klang, jadi Perlis.FM lah rujukan terbaik untuk memastikan waktu tepat, suara azan dari masjid kdg2 dengar kdg2 tak dengar. Dan masa makan Ayahlah yang akan selesai makan dahulu dan bangun menunaikan solat Maghrib dulu, sebelum dia kembali berehat sebentar di kerusi sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci di radio dan kembali bersiap pula untuk ke masjid bagi solat Terawikh. Selalunya Ayah akan keluar dulu sebab Ayah akan ke masjid yang agak jauh dari rumah, dah kebiasaaan Ayah, aku cuma pergi masjid yg dekat jer.
Ketiadaan Ayah membuatkan jiwa aku bergolak dan memaksa diri aku untuk memastikan aku pulang menyambut hari pertama Ramadhan di kampung sebagai memberi semangat kepada Ibu dan Kakak ku yang juga terasa akan kehilangan Ayah. Sebelum ni aku jarang pulang pada 1 Ramadhan sebab aku simpan cuti untuk cuti lebih panjang pada cuti hari raya nanti. Tapi kali ni aku pulang juga kerana mereka memerlukan aku di waktu-waktu sebegini. Kini hanya aku waris tunggal lelaki dalam keluarga aku, makin berat tanggungjawab ini, Zakat fitrah tahun ini untuk Ibu adalah mejadi kewajipanku, walaupun sebelum ini aku juga yang mengeluarkan zakat untuk Ibu dan Ayah tapi pada masa itu aku perlu memohon kebenaran Ayah dulu kerana Ayah masih ketua keluarga, tak nak lah pula Ayah terasa apa2 dengan tindakan aku itu. Tapi kali ini ia tanggungjawabku sepenuhnya.
Itu ketika 1 Ramadhan, bagaimana dengan 1 Syawal nanti ... Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menahan airmata ini dari mengalir setiap kali aku ke pusara Ayah. Ya Allah berikan aku kekuatan, Ya Allah jadikanlah aku kekuatan untuk keluargaku ... Amin
Ayah ... Amanlah dikau di sana ... Semoga rohmu ditempatkan bersama roh mereka-mereka yang beriman ... Walaupun alam kita kini berbeza tapi hati ini tetap merindui dan mengingati Ayah ...
Al-Fatihah.
Salam Fadzly,
Sebak saya baca entry ni. The same is happening to me too therefore I can understand the pain you are going through. Kami baru sahaja kehilangan ayah 2 bulan lepas.
Tapi, kuatkan semangat during this time. Allah takkan uji umatnya kalau kita tak mampu nak terima. Jadi, banyakkan selawat dan bersedeqah atas nama ayah Fadzly. Doa anak insyaAllah sampai kepada orang tua yang dah tiada.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fathihah.
Terima Kasih saudari Belle .. Sama juga untuk saudari Belle, semoga kuat semangat dan cekal hati untuk masa ke hadapan.
Al-Fatihah untuk ayah saudari.