PG 13 dan Kanak-Kanak Underage


Apa yang kita paham ttg PG13 ??

PG-13 rating is a sterner warning by the Rating Board to parents to determine whether their children under age 13 should view the motion picture, as some material might not be suited for them. A PG-13 motion picture may go beyond the PG rating in theme, violence, nudity, sensuality, language, adult activities or other elements, but does not reach the restricted R category. The theme of the motion picture by itself will not result in a rating greater than PG-13, although depictions of activities related to a mature theme may result in a restricted rating for the motion picture. Any drug use will initially require at least a PG-13 rating. More than brief nudity will require at least a PG-13 rating, but such nudity in a PG-13 rated motion picture generally will not be sexually oriented. There may be depictions of violence in a PG-13 movie, but generally not both realistic and extreme or persistent violence. A motion picture’s single use of one of the harsher sexually-derived words, though only as an expletive, initially requires at least a PG-13 rating. More than one such expletive requires an R rating, as must even one of those words used in a sexual context. The Rating Board nevertheless may rate such a motion picture PG-13 if, based on a special vote by a two-thirds majority, the Raters feel that most American parents would believe that a PG-13 rating is appropriate because of the context or manner in which the words are used or because the use of those words in the motion picture is inconspicuous.

Maksudnya, parent boleh bawa anak2 bawah umur diorang utk tgk filem dlm kategori PG13 ni. Tapi di Malaysia ni yang agama rasminya Islam adakah sesuai nak bawa kanak2 bawah umur terutama bawah 12 thn tgk citeryang ada2 unsur2 sex ni, walaupun dikatakan tak keterlaluan tapi tetap boleh jadi ikutan kanak2 tu pada usia terlalu muda.


Baru2 ni aku menonton filem Sherlock Holmes di GSC Alamanda, aku duduk di row kedua dari belakang, jadi ada satu row lagi di belakang aku. Betul2 kt belakang aku ada satu family ni, mak, bapa, 2 org anak under 10 years old share satu kerusi. Masuk 20 minit filem budak2 tu dah boring agaknya so dia mula tendang2 kerusi aku tak berhenti2, aku tgk belakang sekali mak bapak budak2 ni terlalu asyik tgk filem sampai tak sedar apa anak dia buat. hal ni berlaku berterusan sampai lebih kurang 15 minit dan aku dh mula naik bengang, nak sound budak tu kesian lak, budak2 kan .. apa dia tau .. dah tu tgk filem pulak mungkin boring bagi dia. So aku paling and dengan lembut aku cakap .. "Dik jangan tendang kerusi yer" .. lembut giler dgn takde suara marah langsung, yang aku bertambah hangin mak bapak budak ni haram tak perasan aku tegur anak dia, mata terbeliak duk tgk filem tu.


Lepas 2 minit aku tegur tu, budak tu start tendang lagi tak henti2, dlm hati aku dah maki hamun mak bapak budak tu. Aku pun bayar duit laaa nak tgk filem ni dgn selesa dan tenteram .. mangkuk ayun punya org. tak respek privacy org lain langsung. Kali ni aku alih belakang dgn nada yang still lembut tapi kuat sikit cakap kat adik tu supaya jgn tendang kerusi, masa tu baru mak bapa budak ni sedar aku tegur anak dia. Laju jer marah anak dia dan suruh anak dia mintak maaf kat aku, aku tak kisah budak tu minta maaf ke tak, yang penting mak bapak tu jgn laa leka tgk movie sampai lupa anak kat sebelah. Nak buat family outing atau aktiviti jangan la menganggu org lain, hormatilah juga hati perasaan org sekeliling, kita hidup di dunia bukan dgn family kita saja, tapi dgn masyarakat sekeliling.


Satu lagi, aku rasa filem Sherlock Holmes ni mcm tak sesuai langsung utk budak2 underage walaupun dikategorikan PG13 sebab ada unsur2 ajaran sesat yang boleh mempengaruhi minda budak2 tu dan jugak aksi2 separa bogel yang bagi aku tak sesuai laa untuk kanak2 underage. Terus terang aku cakap kalau aku ada anak unerage aku takkan bawa pegi tgk filem mcm ni. Tapi zaman dah berubah, mak bapak semua skrg open minded kan, so apa aku nak ckp lagi ... biarlah luncai terjun dgn labunya.

2010 Movies List


Here is a list for all movie lovers and "kaki wayang" .. a list that you can't resist.
Quite a long list ... hehehe

January
Case 39
Leap Year
Daybreakers
Youth in Revolt
Crazy on the Outside
The Book of Eli
Hoodwinked 2: Hood vs. Evil
The Spy Next Door
The Lovely Bones
Legion
The Tooth Fairy
The Back-up Plan
Extraordinary Measures
Creation
To Save a Life
Edge of Darkness
When in Rome
Preacher's Kid
Hidden
Zombies of Mass Destruction


February
From Paris With Love
Dear John
I Love You, Phillip Morris
Bob Marley Documentary
Valentine's Day
The Wolf Man
Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief
Remember Me
I Love You, Phillip Morris
A Prophet
Night of the Demons
Shutter Island
A Couple of Cops
The Crazies
Takers


March
Alice in Wonderland
Brooklyn's Finest
Green Zone
Our Family Wedding
She's Out of My League
Greenberg
Hot Tub Time Machine
Season of the Witch
Ramona and Beezus
City Island
Last Night
Clash of the Titans
How to Train Your Dragon
All Good Things


April
The Last Song
Why Did I Get Married Too?
Diary of a Whimpy Kid
Furry Vengeance
Repo Men
Date Night
The Losers
Letters to God
Kick-Ass
Death at a Funeral
MacGruber
Piranha 3D
Babies
The Joneses
Oceans
Wall Street 2: Money Never Sleeps
Nightmare on Elm Street, A (2010)
The Wildest Dream


May
Iron Man 2
Untitled Robin Hood Adventure
Letters to Juliet
Shrek Forever After
Sex and the City 2
Prince of Persia: Sands of Time


June
Killers
Marmaduke
The A-Team
Kung Fu Kid
Get Him to the Greek
Toy Story 3
Jonah Hex
Footloose
Eclipse


July
The Last Airbender
Despicable Me
Inception
The Sorcerer's Apprentice
Dinner for Schmucks
Salt
Cats & Dogs: Revenge of Kitty
Morning Glory
Beastly


August
The Expendables
Resident Evil: Afterlife
Lottery Ticket


September
The American
The Town
Roommate, The
Flipped
Red Dawn
Guardians of Ga'Hoole
You Again


October
Alpha and Omega
Your Highness
Priest
The Zookeeper
Secretariat
Going the Distance
Faster
The Prisoners


November
Oobermind
Due Date
Unstoppable
Harry Potter and the Deathly Hallows: Part I
Rapunzel
Burlesque
Poltergeist


December
The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
Tron: Legacy
Yogi Bear 3D
The Green Hornet
Gulliver's Travels
Life as We Know It
Leaves of Grass


Other film in 2010
Ant-Man
Cowboys and Aliens
Dirty Tricks
Ender's Game
Fantastic Voyage
Fashionistas
The Fighter
Gnomeo and Juliet
The H-Man Cometh
Logan's Run
The Lone Ranger
Mortal Kombat 3: Devastation
National Treasure 3
Rainbow Six
The Resurrection
RoboCop
Snow and the Seven
Superman: The Man of Steel
Time Share
The Trial of the Chicago 7
Voltron
District B13 - Ultimatum


p/s : semua senarai ni adalah senarai tak rasmi yang aku ambil dari beberapa website, kemungkinan ada perubahan pada tarikh release filem2 ni.

Final Piala Emas Raja-Raja 2009


Final Bolasepak Piala Emas Raja-Raja 2009.


Kedah vs Perlis

Keputusan Akhir

Kedah ....... 0
Perlis ......... 2

Yahoooo team negeri aku menang .... dapat jugak satu piala, walaupun piala ni tak berapa glamor tapi tetap piala hehehe.
Semoga tahun 2010 akan mebuka lembaran baru kepada bolasepak negeri Perlis Singa Utara


Lagu tema Pasukan Perlis

Singa Utara nama gelaran
Negeri Perlis Indera Kayangan
Tanjak memburu hingga berjaya
Memburu tinta cemerlang ria

Bendera berkibar biru dan kuning
Semangat kental tak mudah lemah
Suara sorakkan terus mengiring
Musuh ditentang sehingga parah

Rempuh, rempuh, rempuh Perlis rempuh
Ligan sungguh-sungguh
Biaq letih sungguh
Jangan kata tak boleh

Boleh Perlis boleh
Ligan, ligan, ligan Perlis ligan
Ligan cepat-cepat
Ligan sampai dapat
Jangan kata tak boleh
Perlis buat boleh

Main la cik oi dengan bergaya
Kami menyokong setiap masa
Kami berdoa agar berjaya
Negeri Perlis negeri kita
Negeri Perlis Singa Utara
Negeri Perlis..
Singa Utaraaa!!!


p/s : warna biru kuning bendera Perlis

Aku & Promoter Kedai Komputer


Kisah ni terjadi masa aku kat Kuantan minggu lepas.


Sebab boring sangat duk hotel lepas balik kerja aku pun keluar merayau kat shopping complex dekat situ, so aku sampai lah dia satu kawasan yang semua kedai yg ada disitu jual alat2 komputer dan jugak komputer. Dah mmg perangai aku suka tgk harga brg2 komputer yang terkini utk update pengetahuan aku ttg harga semasa peralatan komputer ni.


Nak dijadikan cerita aku duk laa belek2 laptop yg dipamerkan kt atas rak satu kedai tu, tiba2 promoter lelaki berbangsa cina linkungan umur awal 20-an kt kedai tu datang dan buat promo kt aku ttg laptop tu .. dia cakap lbh kurang mcm ni laa .. "Abg tgk laa laptop ni, bagus ni, laptop ni ada graphic card". 2-3 kali dia duk ulang ttg laptop tu ada graphic card, aku dah naik meluat. Setahu aku semua laptop atau PC mmg ada graphic card, samada graphic card tu built-in atau jenis card slot berasingan, sebab kalau tadak graphic card mana boleh keluar gambar kt monitor. So aku tanya laa dia balik, "Bukan semua laptop ada gra[hic card ke?, kalau tadak mana boleh ada gambar?". Dia mcm terkedu kejap, lepas tu dia cakap "Tak sama tu, itu lain punya function, ini ada graphic card, gambar cantik", dia still berkeras ttg statement dia.

Hampeh tul, aku dah rasa nak naik angin, cara dia treat n bagi penjelasan kat aku tu mcm aku ni 1st time jumpa laptop ke apa. Nak kelentong aku laa tu. Lebih kurang mcm salesman nak jual keta mai promote cakap, "Abg nak beli kereta? kereta ni bagus .. ada pintu, ada tayar dan ada stereng", tak ke bangang kalau ada salesman kereta mcm ni.

Berbalik kat cerita laptop tadi, Last sekali aku bantai ajar mcm mana nak buat promo .. aku ckp kt dia kalau nak buat promo bukan duk cerita laptop ada graphic card saja cakap laa graphic card bagus contoh mcm Nvidia atau ATI Radeon yg latest, kalau duk ckp ada graphic card semua laptop ada graphic card. Lepas tu aku blah hehehe.


Pengajaran ... kalau nak jual brg atau nak buat marketing apa2 ke, make sure diri tu tahu dgn agak mendalam ttg apa yang nak di jual tu, kalau tak tau jgn duk tunjuk pandai dan jgn ingat semua buyer ni bodoh dan tak tau ttg barang nak dijual tu. Jangan jadi BODOH SOMBONG.

Movie : SHERLOCK HOLMES (most awaited movie of the year)



p/s: warna poster filem ni lebih kurang warna background blog aku jer hehe

 

Sherlock Holmes - my most awaited movie of the year.

Aku baru jer balik dari tgk filem terbaru lakonan Robert Downey Jr. yg mula famous kembali selepas filem Ironman aritu. Filem Sherlock Holmes ni mmg aku tunggu utk tgk. Dan selepas saja habis tayangan tadi mmg amat berbaloi penantian aku .. cerita mmg superb.

Mmg cerita misteri dan penyiasatan lepas tu ala2 seram ni kesukaan aku ler .. contoh mcm filem Seven lakonan Morgan Freeman dan Brad Pitt dan filem Bone Collector lakonan Denzel Washington dan Angelina Jolie mmg aku suka, sebab buatkan kita sama2 berfikir ttg kes tu dgn klu2 yg ada. Lama tak ada filem mcm tu di layar perak, so Sherlock Holmes dtg mengisi slot utk peminat genre mcm ni dan antaranya aku laer hehe.

Tapi tak dinafikan watak Sherlock Holmes (SH) dan Dr. Watson (DW) agak berlainan dari siri tv pada thn 80-an dulu, watak SH dan DW dulu lebih bersifat kurang agresif dan menjalankan siasatan dgn cara bersih, SH mengeluarkan teori dr situasi dan fakta manakala DW menyediakan bukti untuk membantu atau backup SH. Tapi dlm filem ni SH dan DW boleh dikatakan amat agresif dan aksi bergaduh dan berlawan byk menghiasi ruang filem ni, rasanya utk tambah nilai komersil atau mmg itu watak sebenar yg ingin diutarakan oleh penulis asalnya iaitu Sir Arthur Conan Doyle. Walaupun watak agresif masih ada humor dlm watak itu, Dgn DW lebih serius dan SH lebih kelam kabut atau tak terurus. Cuma aku mcm terkilan nak dengar SH sebut ayat famous dia dari siri TV dulu iaitu .. "Elementary my dear Watson". Takde langsung quotation ni dlm filem kali ni.

Filem ni mengisahkan sebuah kultus ajaran sesat yang cuma mewujudkan sebuah negara baru dgn membawa fahaman baru dgn menakutkan org ramai kpd kuasa sihir yg konon dimiliki oleh ketua kultus itu iaitu Lord Blackwood (LB). LB dihukum gantung tapi dia bangun semula dari kubur utk membuktikan kekuasaan sihirnya. Inilah kes yang perlu diselesaikan oleh SH dan DW. Dan seperti kisah asal SH semua yang berlaku dgn keadaan misteri ada penjelasannya secara saintifik dan logik. Semua helah sihir dan misteri LB disediakan dgn klu sepanjang filem berjalan, dan pada penghujung filem barulah SH menerangkan mcm mana semua perkara yg diangap sihir berlaku, ia adalah kombinasi manusia dan sains, termasuklah LB yang hidup semula slepas dihukum gantung.

Tak adil laa aku nak bagitau jalan cerita detail kat sini kan nanti jadi spoil lak kat sapa2 yg membaca blog aku ni. So pegi laa tgk sendiri hehehe

Dari segi pembikinan filem, gambaran tahun 1880an amat menyakinkan, special effect yang digunakan amat baik sehingga kita mungkin tak dpt membezakan yang mana satu betul dan yang mana satu imej janaan komputer, proses membuat filem "period" mcm ni mmg sukar krn ia perlu ketelitian dan info yang tepat mengenai zaman itu. Adegan paling best adalah bila DW terpijak jerangkap samar yang menyebabkan DW dan SH terpaksa menghadapi letupan bom yang amat realistik dipertontonkan pd penonton. Pembinaan watak juga amat baik, walaupun cerita ni adalah setelah SH dan DW lama bersahabat tapi dialog2 masih menceritakan ttg latar belakang masing2 yg membuatkan kita secara tak langsung faham dan tahu perwatakan sertasifat watak2 utama yang ada.

Tak keterlaluan aku katakan filem Sherlock Holmes ni adalah filem paling aku suka sepanjang tahun ini. Penantian yang berbaloi. Aku amat2lah rekemen korang pegi tgk, terutama sapa2 yang frust tgk citer Twilight New Moon yang tak berapa up to expetation aritu hehehe

Dari 5 bintang aku bagi 5 bintang wakakakaka .... apa nak buat dah jenis filem kesukaan aku. hehehe jgn marahhhhh


Malam Dingin di MS Garden


Akhirnya dapat jugak aku cari internet ....

Seperti yang aku bagitau sebelum ni aku skrg di Kuantan, Pahang dan menginap di hotel MS Garden Kuantan. Hotel 4 bintang ini menyediakan wifi percuma kepada guest yang menginap di sini, hanya perlu meminta ID dan password di front office, apa lagi ... terus ler aku sambar dan dpt laa online malam ni hehe.

Jarang aku dpt menginap di hotel 4 bintang utk tugas luar sebab rate hotel aku sbg kaki dan tangan awam ni ciput jer utk bayaran hotel. 3 bintang dpt ler jugak merasa kadang2 tu.. disebabkan hotel lain yang biasa aku menginap kalau ke Kuantan dah fully booked so terpaksalah aku booking MS Garden ni dan share dgn senior officer aku. Alang2 dh combine rate tu amik laa bilik yang besar sikit. mmg besar, bilik air dia saja pun dah besar dari bilik aku di flat hijau tu .. adehhhhh jeles betul aku hehe.

Di Kuantan ni skrg musim hujan, 2 hari aku sampai hujan jer tiap2 hari, tak siang hujan, mlm mesti hujan. Harini hujan dari pagi sampai malam tapi sekejap2. Yang aku risau tgk air Sg. lembing dah melimpah masuk ladang kelapa sawit. Jgn sampai melimpah atas jalan aku nak balik dah ler hehe.

Hari ni hari kedua aku di sini, hari pertama sampai aku dah mula kerja sebab jadual agak packed disebabkan hari bekerja minggu ni hanya 4 hari jer disebabkan cuti Krismas Jumaat ni. Hari pertama hanya kerja di pejabat tapi harini kerja aku amat mencabar, aku panjat beberapa tebing bukit (slope) yang agak tinggi untuk membuat pemeriksaan (aku up pic posting akan dtg). Dari pagi sampai petang mcm2 keadaan cuaca aku redah, mula2 pagi2 tadi aku dah redah hujan utk panjat bukit pertama, lepas tu hujan berenti redup sikit, best giler berjalan. Masuk tgh hari panas terik laaa pulak, kering jer rasa, masuk pukul 2 hujan balik, kalau tiap2 hari mcm ni besi pun bleh bengkok ooooo hehe. Tapi pengalaman mcm ni laa yang menyebabkan aku tak bosan dgn kerja aku ni, mmg kena laa dgn jiwa aku kerja ni, byk outdoor work, kalau ofis jer sepanjang masa, naik rimas aku jadinya.

Lepas balik dari site sempat lagi aku singgah dgn team aku kat Kuantan Parade, tgk sale giler2 so aku sambar ler baju sehelai dua, member2 aku borong handphone CSL sampai 2 bijik sorang, nak bai kat anak2 diorang katanya. Tapi mmg murah betul .. harga RM138 ada skrin warna. mp3 player, memori kad 1gb, lampu suluh and speaker dia pun bunyi sedap.

Dari Kuantan Parade terus balik ke hotel. Sampai jer kt hotel aku mandi n solat dan turun pulak ke gym .. dah lama tak ke gym sebab kerja luar byk sgt. Masuk jer gym mcm biasa laa aku menapak laa atas treadmill tu, tapu peralatan eloktronik agak usang tapu utk peralatan weight dan mekanikal masih ok lagi walaupun dah agak lama dari keadaannya. Satu lagi yang best bilik sauna, steambath dan jacuzzi jugak percuma, tapi aku tak berapa minat benda2 ni, tapi maybe nak masuk sauna sebelum balik nanti. Bukan senang nak dpt sauna free hehehe.

Aku stop dulu utk mlm ni .. member ajak pegi minum lak kat kedai bawah tu ..

Adiosss

4 hari ke Kuantan


Kuantan ... lokasi aku akan berkampung selama 4 hari dari 21 sampai 24 Disember. Kerja ler, apa lagi ... kalau boleh makan angin kan bagus, Cherating n Balok dah dekat sgt dah hehe


Dah byk kali aku ke Kuantan atas urusan kerja, tapi aku still tak bleh nak ingat jalan2 kat sana, mungkin sebab aku pergi sana tak drive sendiri, jalan2 utama tu ingat laa kot. Kali ni aku stay kat hotel MS Garden, 1st time nak stay kat situ, sebelum ni aku selalu stay kat Megaview Hotel.


Selalunya sebelum ni kalau aku ke Kuantan mesti lajak ke Kemaman cari sata n keropok. Kali ni tgk laa keadaan. Sebenarnya mcm takde mood sgt nak outstation, minggu lepas dah di Temerloh, aku tak berapa suka outstation berturut2 mcm ni, kalau boleh terus jer 2 minggu, bukan apa, masa banyak sgt terbuang atas jalan je sebab kali ni pegi dgn kereta, kalau flight takpe jugak kurang bazirkan masa atas jalan. Aku ni dah ler tak boleh nak membaca atas kereta terutama kalau aku duk belakang bila org lain drive, pening jadinya, so apa lagi, aku tidur sajalah. Esok perjalanan dlm 3-4 jam nak terperuk dalam kereta, adehhhh bosan2.


Blog ni nampaknya akan senyap laa 4 hari, tapi kalau aku jumpa internet Insyaallah aku melalut laa lagi dalam ni. Kalau tak jumpa, 4 hari lagi baru laa ada posting baru.


Kuantan ... here i come.

Hari Asyura & Bubur Asyura


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram antaranya :

-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Adam a.s. dicipta.
-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
-Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
-Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
-Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Perkara yang sering menjadi adat pada hari Asyura dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURA.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Bubur Asyura ni mesti mempunyai 10 jenis ramuan, kalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan jadi mcm2 laa cara untuk membuat Bubur Asyura ni.

Di utara semenanjung Malaysia bubur Asyura rasanya manis, di pantai timur plak bubur Asyura berempah dan mengandungi daging, kalau seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain datang dari Singapura.


Sejarah Bubur Asyura

Dari bacaan dan rujukan aku dibeberapa blog dan website, sejarah bubur Asyura ni datang dari zaman Nabi Nuh as lagi. Ada dinyatakan dalam kitab Nihayatuz Zain, Kitab Nuzhatul Majalis, Kitab Jam'ul Fawaid bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"


"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURA (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.



Sebahagian info dirujuk dan diambil dari :
hafizullah-perindusyahid.blogspot.com
wikipedia

Awal Muharam / Maal Hijrah


Awal Muharram atau 1 Muharram tanda kita menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, tahun 1431 Hijrah, sambutan Maal Hijrah juga diadakan pada hari ini dan cuti umum untuk aku hehe.


Bila sebut bulan Muharram teringat hari lahir aku dulu, aku dilahirkan pada 1 Disember 1979 (1.12.1979) bersamaan 11 Muharram 1400 (11.1.1400), bukan Muharram ni adalah bulan kelahiran aku dlm kalendar Hijrah. Jadi boleh laa aku sambut hari lahir aku kali kedua hehee ...


Bagi aku untuk ingat tahun hijrah ni senang kalau org tanya, sebab aku lahir pada thn 1400 .. kalau umur aku skrg 30 jadi tahun hijrah adalah 1430, kalau umur aku skrg 32 tahun hijrah 1432, kan senang nak ingat hehe.


Pada 1 Muharram juga sambutan Maal Hijrah diadakan di Malaysia. Sambutan ini bagi memperingati permulaan tahun Hijrah iaitu peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang mana ia adalah merupakan satu inisiatif penyuburan tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangasaan tahun ni diadakan di Putrajaya International Convention Center dengan tema ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’. Harap2 tema ni dpt direalisasikan kita semua, semoga ukhuwwah diutamakan bukan fahaman politik masing2.


Selamat Tahun Baru Hijrah rakan2 semua semoga tahun baru ini membawa kesejahteraan dan kebahagiaan yang berlipat kali ganda untuk kita semua.

Hari dapat gaji vs Hari bayar hutang


Harini kepala otak aku agak serabut, mcm takde mood nak buat apa sahaja .. ada berkaita dgn hal cinta sebenarnya, tapi lain kali lah aku cerita panjang bab cinta ni, skrg masanya tak seswai.

Apa yang aku nak melalut adalah ttg gaji, harini gaji masuk, setelah membuat beberapa kunjungan hormat ke bank2 selepas mengelaurkan duit dpt dilihat dah tinggal setengah jumlah gaji yg dpt tu. Adoi, hutang n hutang .. ada sesetengah org nak bagi sedap sikit diorang panggil "pinjaman", sama jer lah tu.

Hari ni aku dh jelaskan semua hutang2 spt kereta dan kad kredit. Semua tu perlu, takde kereta maknanya patah kaki ler aku, takde kad kredit maknanya susah laa aku nak buat kerja seperti outstation, takkan aku nak bawa duit ribu2 dlm poket kot, nakc ari mampos zaman samun menyamun dan ragut meragut tgh berleluasa skrg.

Dah ler cerita bab duit dan hutang ni. nanti aku erita bab lain lak .. adiosss


Outstation - Temerloh


Selama 3 hari blog aku ni tak berupdate. Sebabnya aku outstation ke Temerloh, menjalankan tugas utk negara hehehe .. nak spesifik sgt apa aku buat di sana tak boleh laa kot, konsider confidential keja2 aku ni hehe.

Dari minggu lepas lagi aku dh arrange utk outstation ni. Bertolak dari Putrajaya ke sana pada hari Isnin dan menginap di hotel hotel Seri Malaysia, ni jer lah hotel yang boleh dikatakan grand sikit laa kt Temerloh ni. Walaupun bangunannya agak usang tapi facilities still ok .. ada astro lagi walaupun ada 3 channel jer layan jer, yg penting ESPN n Cinemax ada hehe. Breakfast kat sini pun bagi aku ok berbanding Hotel Seri Malaysia lain yang pernah aku menginap.

Bila sebut Temerloh, apa lagi mestilah ikan patin yg glamor kat sini, aku pun dh lupa bila last sekali aku makan ikan patin ni, kecik2 dulu laa. So nak jugak rasa sekali lagi patin ni sebab ramai sgt cakap kalau makan sekali pasti nak lagi. Makan malam 1st kat sana aku order ikan patin masak tempoyak .. setelah dirasa, takde laa istimewa sgt ikan patin ni, rasa mcm ikan biasa jer cuma isi dia pejal sikit berbanding ikat air tawar lain. Dua hari mengadap menu ikan tu aku pun dah naik muak, hari pertama aku order, hari kedua member aku order plak .. tapi aku setakat jamah jer laa, sebab mcm tak berapa minat dah aku.

Habis cerita ikan patin, sebenarnya jadual asal keja aku sampai Khamis tapi sebab dgn dedikasi dan semangat cintakan tugas (hehehe melebih2 lak aku ni) ... sebab keja well planned aku dpt siapkan kerja hari ini (Rabu), so aku n member aku amik keputusan balik jer arini, takde apa nak buat pun kalau stay sana. Jadi, bertolaklah balik, dan sampai di Putrajaya jam 5.30 ptg.

Minggu depan keluar lagi aku .. ke Kuantan lak. Hotel pun tak booking lagi. Esok jer lah.

Komen PrePAC PTD


Ini adalah percubaan pertama saya untuk skim PTD ini dan apa yg dpt saya simpulkan ttg PrePAC kali ini, program kali ini 100% menilai daya mentaliti dan daya pemikiran spontan dan logik akal setiap calon. Tajuk yang diberikan semuanya umum, tiada fakta kukuh dr mana artikel atau kajian, dan tidak ada yang salah 100% dan tidak ada yang betul 100%, yang penting apa yang dihujahkan dan bagaimana calon mengeluarkan hujah tersebut. Jadi, ia menilai perwatakan dan pemikiran sebenar calon secara total.


Di INTENGAH larian 2.4km yang ditukarkan ke larian yang lebih pendek mungkin kerana tiada trek yg sesuai untuk jarak 2.4 km, dengan ada pendakian juga menguji stamina dan masa layak juga dipendekkan mengikut kesesuaian jarak. Nampak jarak pendek saja tapi ia tetap mencabar, terutama bagi calon yang bebadan besar mcm saya.


Dapat atau tak, lulus atau tak, itu bergantung kepada rezeki masing2, rasanya 99% calon telah memberi sepenuh dan seupaya mungkin usaha ketika program ini.


Tahniah kepada semua yang berani mencuba. Good Luck.

Program PTD Assessment Centre


Dah berapa hari aku tak post kt blog aku ni .. bukan apa, aku sibuk sgt dgn hal ofis dan hal lain.


Harini aku baru saja selesai manjalankan program PAC PTD, Program Assessment Centre Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PAC PTD) ni adalah proses saringan kedua untuk memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41. Saringan pertama adalah ujian bertulis 5 paper, ujian ni dah aku ambil bulan 8 aritu, dan Alhamdulillah aku lulus, tak sangka lak kali pertama cuba dah lulus. So arini saringan kedua PAC, di Intan Wilayah Tengah (INTENGAH) .. belakang UM tu.


So seawal jam 6.40 pagi aku dah keluar dari rumah, risau ada masalah dalam perjalanan, sampai di sana awal dlm 7.15 pagi .. rupa2nya dah ada ramai yang sampai awal lagi dari aku, semangat giler diorang nih. So lepak tunggu pendaftaran pukul 8. Sempat ler berborak dan kenal calon2 lain yang ada, aku dpt tau semua yg dtg tu 158 org. Lepas mendaftar, ambil nombor, ukur tinggi n berat, serah sijil dan ambil gambar aku pegi breakfast, ingatkan breakfast disediakan tapi kena bayar sendiri daaaa .. hehe


Kemudian taklimat dari penyelaras program dan wakil dari JPA. Penerangan tentang skim PTD laa .. kali ni perlantikan di kira sebagai kontrak tapi aku masuk kategori lain sebab aku pegawai yang sedang berkhidmat, dikategoeri sebagai Pegawai Dipinjam Sementara dari Jabatan aku kerja, itu pun kalau aku lepas laa PAC ni dan Temuduga (saringan ke-3).


Lepas taklimat bermulalah sesi pertama, Role Play (Group Discussion) dalam Bahasa Inggeris, ok laa aku takde laa nervous sgt walaupun english aku tak ler hebat sgt hehe still org boleh paham ler apa aku cakap walaupun kdg2 tunggang langgang jugak hehe .. tgk ahli2 group aku tu lebih kurang aku jugak english diorang maybe ada laa sorang tu berair jugak laa english dia siap slang mana tah, Role Play ni diorang bagi situasi kapal nak karam, ada bot penyelamat, tapi dlm 5-6 org saja dpt naik dan semua ahli ada 11 org, ahli diberikan karakter/role masing2, aku dpt role Sea Captain, semua kena bagi laa reason kenapa diri dia perlu naik bot penyelamat tu dan boleh terus hiduo. So settle satu aktiviti.


Sambung aktiviti kedua, Hujah @ Debat .. kali ni dalam Bahasa Melayu. Sebelum ni aku dpt info kata tajuk yang nak ditanya ni isu2 semasa mcm Dasar2 Kerajaan, Isu2 terkini dan Berita Semasa. Sekali dapat tajuk terkedu aku, tajuk langsung takde fakta, kena guna logik akal sendiri untuk cari dan buat hujah. Tajuk dia .. "Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak" .. nah kau, mana ada fakta dan mana ada kajian dan mana dalam akhbar cerita hal ni dlm masa2 terdekat ni. Mesti ramai tak puas hati dpt tajuk mcm ni, siap ada yang duk baca nota lagi masa taklimat awal tadi. Aku dalam hati mcm nak tergelak, bukan pasal apa, sebab aku mula2 mcm tak nak dtg PAC ni sebab aku takde buat preparation hal2 debat ni dan hal bacaan ttg isu2 semasa, cuma aku cuba tingkatkan stamina berlari jer. Mungkin Allah gerakkan juga hati aku untuk dtg. So mmg aku suka tajuk open dan general mcm ni dah tu kumpulan aku pun masing tak kurang hebat dalam berhujah, aku di pihak pembangkang. So settle satu lagi aktiviti.


Lepas aktiviti ni kitorang rehat utk makan tghhari dan solat. makan tghhari disediakan, tak kena bayar sendiri hehe.


Lepas rehat ada pula ujian Sahsiah dan Minat oleh pihak JPA, 427 soalan kena jawab dalam masa 80 minit, gila kebas jari aku, dan aku antara org paling lewat habis, aduhhhh ...


Kemudian bergegas lak ke Aktiviti seterusnya, ingat dh lewat .. abis laa kena potong markah, tapi rupa2nya intructor utk kumpulan aku pun taks ampai lagi, kumpulan lain semua dh ada instructor tp kump aku tak de lagi .. dlm 3 minit baru dia sampai, bila dia cek attendance kira aku ada sekali elr hehehe .. harap2 tak kena potong ler hehe. Sesi ptg ni ada 3 bahagian,


Bhgn 1. Group Problem Solving,  kumpulan diberikan bahan seperti suratkhabar, tali, pita pelekat dan gunting. Kumpulan kena bina menara konduktor kilat setinggi 10 kaki guna bahan2 tu dlm masa 15 minit. So mcm2 idea laa keluar .. kumpulan aku lak mula lambat sebab instructor lamabt sampai. Tapi tak sempat siap masa wisel tamat bunyi, hanya 1 kumpulan saja dpt naikkan menara tanpa tumbang, lagi 13 kumpulan tak sempat naikkan menara, tapi kumpulan aku terus buat dan dpt jugak tegakkan menara tu dlm 30 saat lepas wisel tu bunyi. punya ler semangat hehe.

Bhgn. 2. Senirobik, jurulatih akan putarkan lagu dan kumpulan2 akan reka gerakan tarian sendiri. Lagu Hindustan dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham, Lagu Joget dr Sudirman dan Lagu English dr Beyonce hehe. So mcm2 la step keluar hehehe


Bhgn. 3. Larian, sebelum ni aku dengar larian 2.4km dlm 20 minit, tapi larian kali ni aku rasa tak sampai 1 km pun, rasanya dalam 400 ke 500 meter jer, tapi 50% trek larian ni mendaki lebih kurang darjah pendakian tu 35 darjah, teruk jugak sebab mula2 saja terus mendaki. Aku hampir2 nak pancit tapi teruskan juga dan dapat tag Merah, aku ingat Merah tu dah out dah laa tapi lepas tu aku tgk ada yg sampai lewat dari aku dapat tag Hijau dan semua yg depan aku dpt Merah jugak, so kesimpulan aku tag Merah tu lepas masa yg ditetapkan dan tag Hijau tu tak lepas masa yang ditetapkan. Alhamdulillah ler kalau betul kesimpulan aku, mmg bab ni aku risau sekali. Apa yang aku dengar diorang ambik masa bawah 5 minit utk larian tu sapa yang lebih kira tak lepas ler, tapi tak tau ler betul ke tak 5 minit tu.


So itulah aktiviti akhir, selepas tu semua bersurai. Aku takde stress sgt dlm PAC ni aku rasa enjoy jer hadapi semua ni, sebab ada member pesan kat aku enjoy n have fun. Lagi satu aku dpt kenal beberapa kenalan baru di sini, tapi yang segan diorang panggil aku abg lak sebab aku tua sikit .. adehhh.


PAC inilah fokus aku selama 1-2 minggu ni yang menyebabkan aku agak hilang konsentrasi dlm hal lain termasuk hal cinta dan kerja. Aku nak minta maaf kepada yang terlibat kalau aku ada menyinggung perasaan sebab fokus aku tertumpu pada hal PAC ni.


Bab result PAC ni aku takde nak komen sgt, usaha dah dibuat, ujian dah dihadapi, jadi lepas ni aku hanya mampu berdoa dan terpulanglah kepada rezeki sama ada berpihak kepada aku atau tak. Semoga semuanya berjalan lancar ... Aminnnn

Kerja dan Kerja


Sehari lagi bekerja di kawasan Batu Caves, dekat2 Bolton .. mcm kt UK la plak hehe


Perjalanan pagi td lancar jer cuma slow sikit kt depan istana. Mcm pelik lak jalan kat KL ni kurang kereta time rush hour ni. Tapi aku tgk kat Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandaraya jam 3-4 lane terus, takut aku tgk .. mcm mana laaa yg drive keta manual tu konfirm kebas kaki hehe .. sabor je lah.
.....................................................................................................................................................................


Jam dh pukul 4.00 ptg skrg, dah hampir time aku merempit balik ke Putrajaya, badan mcm tak fit ler plak rasanya. Rasanya aku tido awal semalam, ntah ler.


Keja arini agak membosankan sebab aku dah siapkan keja portion aku pagi tadi. Esok sepatutnya aku kena pegi Temerloh utk download data berkaitan dengan keja aku ni, tapi aku minta excuse kt bos aku, sebab member aku yg sorang lagi tu pun dah tahu mcm mana nak buat kerja tu. Banyak kerja lain yang aku nak siapkan, ni gara2 tugasan yang diberi tak ikut yg dirancang, belum siap yang tgh dibuat dah diarah buat yang baru. so jadi bertindih. Malas aku nak komen, ni semua pengurusan atasan punya cerita, rasanya dh tak boleh guna word "pengurusan" tapi guna "pengarahan", sebab dah tak terurus aku tgk flow kerja di ofis aku tu. Lantak laaa .. korang bos kan, aku kuli saja ..


Nantilah aku bercerita panjang ttg hal ofis aku ni ... dah nak berkemas balik ke rumah.


Adiosss

US PGA Golf Tournament di Malaysia.


Malaysia will host first-ever US PGA Tour event in the region


KUALA LUMPUR: Malaysia will host the first-ever US PGA Tour event in the region when the US$6mil Asia Pacific Golf Classic is held at The Mines Resort and Golf Club next year.


The US PGA Tour and the Asian Tour agreed yesterday to the staging of the tournament for an initial period of seven years.


The US$6mil prize money is three times more than the amount offered at the Malaysian Open and the Iskandar Johor Open, thus making it the richest tournament in South-east Asia.


The champion will receive US$1mil while each player is assured of at least US$50,000.


~The Star : 8/12/2009~



.....................................................................................................................................................................

Golf di Malaysia ... berapa org pro golfers Malaysia yang pernah masuk US PGA Tour ni sebelum ni (Malaysian PGA Tour toksah cerita laa)?? setahu aku tak pernah ada pun dlm sejarah. Tapi kali ni Malaysia nak anjur US PGA Tour kat Malaysia .. hmm ironic kan. Dengan jadi penganjur so negara dapatlah hantar sorang pro player utk masuk sekali, dah tu dpt exemption lak syarat skurang2nya 5 sponsor utk layak sertai tournament ni.


Mana satu pro golfers Malaysia yang akan dpt peluang keemasan ni Danny Chia ?? P.Gunasegaran ?? atau Airil Rizman ?? ... personally aku harap Airil Rizman yang dpt sebab dia ni old schoolmate aku dulu, dia senior setahun dari aku. Tapi performance dia ni skrg turun naik, so hopefully dia dpt konsistenkan prestasi dia utk rebut peluang keemasan ni. Last time. aku jumpa Airil ni kat hotel Puteri Pacific di Johor Bahru. Masa tu dia ada tournament di JB dan aku plak outstation kt sana. Rasa dia tak kenal aku dh kot, kalau kenal pun sure dh tak ingat aku nama apa. Lagipun kt sekolah dulu tak kenal rapat pun, kenal gitu2 saja sebab dia selalu dtg kelas aku jumpa member dia.


.................................................................................................................................................................


Tentang aku dan golf ni ... percaya tak aku penah jadi kaki main golf ... hehe ...


Aku belajar dan main golf ni masa aku kat UUM dulu, masa tu aku kat Matrik, kat Matrik ada buat kelab so aku join laa .. so dpt laaa belajar. Tiap2 ptg pegi memukul bola golf kat driving range dan penah laa beberapa kali main kat green yg 8 hole. Tapi tak sampai setahun aku dh naik boring, so aku tinggal jer lah game tu.


Itu cerita 12 thn dulu ler ... tapi skrg kalau bagi kayu golf tu rasanya pukul pun dah tak kena dah bola tu hehehe ... tapi skill2 pegang kayu n jenis2 jenis2 kayu - wood dan iron tu kenal ler lagi hehehe

Pagi di Batu Caves


Pagi di Batu Caves ..


Bila aku sebut @Batu Caves, ramai lak tanya aku "aik tangga ke?" ... ampes tul hehe.
Biasa laa kan Batu Caves famous dgn tangga kuil. Tapi aku bukan buat keja kat kuil tu daaaa ... kat kawasan Batu Caves laaa .. kawasan Batu Caves ni besar apa.


Pagi ni awal aku keluar dari rumah, 7.30 pagi dh tunggu lif .. call member aku suruh tunggu kt rumah jer toksah pegi ofis sebab buang minyak keta saja, lagipun rumah kitorang dekat jer, baik terus ke tempat keja saja.


Berenti kejap isi minyak n beli breakfast terus aku bertolak, dalam pukul 8.00pagi dari Putrajaya dan sampai kat Batu Caves jam 8.35 ... 35 minit, ntah ler cepat ke lambat, ikut highway MEX (lama aku tak merempit atas highway MEX ni hehe), keluar kt Kuchai Lama masuk highway KL Seremban, Jalan Istana, Lebuhraya Mahameru, Jalan Kuching dan masuk MRR2  dan sampai ke tempat kerja aku tu. Bleh plak aku hafal jalan2 ni. Nanti laa aku cerita pengalaman yang buatkan aku tau dan ingat nama jalan2 kt KL ni.


ok .. sambung keja ...  nanti sambung ...

Takde Tajuk ...


adoiiii ... letihnyer, baru sampai dari Gombak. Arini aku keja luar ..


Keja kt Gombak ni satu penyiksaan pada kaki sebenarnya sebab nak drive dari Putrajaya ke Gombak waktu rush hour pagi2 n ptg mmg amat membosankan. Mujur arini bos aku yang drive, so aku tido jer lah dlm keta wakakaka ... lantak ler dia nak kata apa.


Keja kat Gombak ni byk fasa, minggu ni aku di Gombak dan selepas ni minggu2 akan dtg aku akan ke Temerloh dan Kuantan. Keja aku ni mmg mcm ni keja luar jer byk.


Arini juga ada org nak beli kamera aku, kamera kesayangan aku tu dh jarang sgt aku guna so aku nak let go je senang, jual body kamera sajer lens aku simpan sebab mmg plan nak beli body model lain yg lebih latest. kalau boleh yg skrin lebih besar. Aku punya buyer tu dari Kuantan, dan nasib dia ler sebab aku mmg nak ke Kuantan ujung bulan ni, so aku minta dia deposit dulu as commitment fee n balance bayar masa jumpa nanti. Selamat Tinggal D70s kesayanganku .. hopefully tuan baru nanti akan jaga ko dgn baik.


Ok .. nak balik ... see ya.

Boring Sunday


Malam ni still rasa boring .. melarat dari siang tadi, tapi mujur ada org sudi melayan sms dengan aku, kalau tak sure dah tidur agaknya.


Sebab arini boring so takde apa aku nak melalut sgt dalam ni, harap2 esok ada ler excitement sikit dlm hari aku. Lagipun esok aku kerja luar kat Gombak, awal2 lagi hari Jumaat aritu bos aku dah pesan sampai ofis awal sikit esok sebelum pukul 8 pagi sebab nak bertolak awal takut jalan jam and tak sempat sampai. Aku punya masa kerja mula jam 8.30 pagi dan selalunya aku sampai ofis dalam jam 8.15 atau 8.20.


Ok sambung esok Insyaallah ..


Adioosss

Sebuah Cerita ...


~Cerita ni adalah version aku .. aku ubah sedikit isinya dr versi asal khas utk diri aku.~

Sebuah cerita ...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Kekasih sejati adalah permata yang sukar dicari. Dia membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan dan kebaikan.

Kekasih sejati juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.



~Satu ingatan buat diri aku sendiri yang banyak kelemahan dan kekurangan ini.~



Petang Hujung Minggu


hmmm .. dh petang rupanya, jam dh tunjuk pukul 2.50. Aku still kt rumah, org weekend keluar ronda2 aku still kt rumah.

Tgh pikir nak buat apa arini. For sure aku nak pegi cuci keta dulu, dh naik tanah merah dah keta aku tu sebab aritu parking kt atas tanah merah, sekali itu malam hujan turun daaa ... lebat lak tu, habis tanah merah tu mercik kena keta aku, nasib baik keta aku warna merah so tak ler obvious sgt. Apa pun kena jugak cuci sebab minggu depan byk keja luar.

Tempat cuci keta aku yg biasa kt Equine Park, kawasan kedai belakang JJ Equine Park, kt situ byk car wash kalau satu ramai org aku cari yg lain yg kurang org menunggu, senang, takde buang masa.

Lepas car wash nak pegi Summit Usj plak kalau ikut plan aku ni, melayan jiwa dan melayan wayang kalau sempat. Summit Usj ni mmg tempat lepak aku selain Alamanda dan The Mines. Aku kenal Summit Usj dulu dr yg lain tu sebab sebelum aku keja di Putrajaya ni aku pernah kerja di area USJ tu, so Summit Usj ler lokasi melepak masa tu .. thn 2003 masa aku kerja kat USJ.

Ok "masa dah time" hehe ... (lawak aku dengar org ckp "masa dah time" so aku nak cakap gak laa) .. see yaa ..

Perut Oh Perut


Alhamdulillah ... baru sampai rumah, lepas mandi rasa segar betul.


Malam ni aku berjaya harungi satu lagi sesi fitness kt gym.
Walaupun badan agak letih tapi masih rasa ada tenaga. Setelah hampir seminggu aku merajinkan diri aku masuk gym, ada sikit perubahan yang aku rasa, badan aku dh tak sengal2 sangat mcm 1-2 hari masuk gym aritu. Dah rasa biasa saja, nasihat instructor aku supaya sekurang2nya maintain 3 kali seminggu ke gym dah buat program mcm biasa.


Malam ni juga abg zul instructor aku dah mula test keupayaan aku buat program yang berkaitan dgn abs .. giler betul, baru 2 program perut aku yang gebu ni dah mula mcm shaking dan menggeletar, mcm nak kejang jer rasanya. Tapi instructor kata takpe, kena tahan sikit sebab otot2 aku belum biasa, dia kata "otot terkejut", nak gelak pun ada dengar cara dia cakap. Aku terus juga sampai dpt buat 4 program dan satu tu aku dpt buat 2 set (1 set = 15 kali).


Semoga semangat nak ke gym secara serius ni dapat aku kekalkan. Lagipun ada satu kebaikan yang aku dpt bila pegi fitness center yang kena bayar atau kena jadi ahli ni, kalau tak pegi rasa rugi laa plak hehe. Lagipun aku mcm selesa sikit kat situ. Sebelum ni aku pernah cuba di Fitness First, Summit Usj, tapi suasana mcm tak kena dgn aku, org2 yg pegi sana tu pun mcm kurang friendly, so rasa mcm terasing plak dan tak selesa. Kat sini semua muka2 friendly jer, senang nak sembang, diorang pun tak lokek senyum n tegur kita.


Seorang trainer kat fitnes center aku ni dulu Mr. Malaysia katanya nama Azhar, tgk badan dia aku pun naik takut, otot semuanya dari leher ke kaki. Tapi aku tak minat laa plak nak badan terlalu berotot mcm tu hehe. Dia ni trainer utk ahli yang consentrate utk bina badan. Mula2 tgk segan nak tegur mcm serius je, tapi last sekali dia yang tegur dan senang lak nak bersembang, mmg peramah org dia.


So esok akan ke gym lagi, tak pasti nak pegi pagi atau malam mcm biasa, tgk laaa kalau bangun awal boleh pegi pagi. Ehhh lupa lak, untuk info mlm ni takde bunga daaa semua kumbang hehe dan org pun tak sampai 10 org .. abg zul cakap selalu jumaat mlm mmg kurang org sebab ramai balik kampung.

Ok setakat ni dulu kali ni ... layan tv pulak.


Adioossss.

Sakat Menyakat


Apa rasa apabila org lain memperlekeh hasil usaha kita secara terang-terangan, sedangkan org itu sendiri tak tahu dan tak faham apa sebenarnya benda yang dia permainkan dan perlekehkan tu ??

Semua orang pernah rasa situasi mcm ni rasanya dan aku tak terkecuali. Arini di ofis aku mcm ilang mood terus bila org mempermain2kan salah satu usaha aku yang aku cuba buat sedaya upaya mungkin, dan terang2 dia sendiri tak tau, tak faham dan tak reti pun ttg usaha aku ni. Lain laa kalau dia tahu atau lebih tahu ttg hal yg aku buat ni dari aku sendiri. Adakah ni yg dikaakan kategori "bodoh sombong" ??

Mmg bila tgk hasil apa yang aku buat mcm biasa dan takde laa istimewa sgt, mcm org lain jugak bendanya, tapi yang diorang tak tahu, nak buat benda tu bukannya senang, perlukan kreativiti dan ketelitian. Mungkin ramai org dh ada dan konsep hampir sama, tapi apa yang aku buat adalah lebih teliti dan lebih custom mengikut keperluan dan kreativiti aku. Senang cakap kadang2 sesuatu benda yang nampak simple dan biasa tu bukan senang dan amat susah nak dihasilkan.

Aku ni sebenarnya agak kasar orgnya dan suka menyakat juga, bila aku menyakat mmg kasar dan mmg makan dalam, tapi bila aku di ofis aku cuba buang sikap ni sebab aku tgk ramai org kat ofis jiwa sensitif dan sentimental, pernah mula2 dulu aku menyakat dan terus tak nak ckp dgn aku lebih seminggu. Tapi yang aku heran diorang yg sentimental dan jiwa sensitif ni pun nak jugak menyakat org lain, kdg2 tu agak kasar dan dah jadi mcm memperlekehkan usaha org lain. Tapi kalau dia kena sakat dia mula nak masam dan mcm tak bleh terima. Come on .. grow up laa my friends.

So senang cerita aku buang sikap menyakat kasar2 ni di ofis, kalau ada yg cakap aku masih menyakat kasar di ofis, kira tu dh cara lembut aku menyakat dan bergurau kalau di ofis. Tapi dengan member2 baik dan member senegeri dgn aku masih lagi kuat menyakat. Cara menyakat di negeri aku Perlis mmg kasar dan sure "makan dalam" punya, kalau org yg tak biasa mmg menangis dan mungkin boleh bergaduh, tapi bila sesama sekampung masing2 dh faham jadi boleh terima sebagai gurauan saja. Jadi aku sakat kau dan kau sakat aku, aku pun selalu jugak kena sakat yang dasat2 punya, tapi tu lah rencah kehidupan berkawan yang mana akan mengeratkan lagi tali silaturrahim.

So peringatan untuk diri aku sendiri dan sesiapa saja, kalau nak menyakat tengok dulu sapa yg nak disakat dan tahap ketahanan diri menerima sakat menyakat nih, kdg2 org tu cakap dia ok kalau sakat menyakat tapi bila kena lain plak jadinya, cakap tak serupa bikin. Lepas tu isu yg nak disakatkan jgn sampai sentuh hal yg terlalu peribadi dan memperlekehkan dia secara terang-terangan (kadang2 aku pun ada jugak terlepas ttg hal2 mcm ni, maaf laa kepada yang teras tu yer, akan usaha perbaiki diri aku sendiri), tapi kalau yang nak disampaikan tu disalah tafsir menjadi isu terlalu sensitif pada org tu apa boleh buat, nasib ler hehehe ...

TGIF


Thanks God It's Friday ..


Sepanjang minggu ni terasa amatlah malas aku nak bekerja, tapi dipaksa juga diri untuk siapkan tugas2 yang masih pending. Mungkin tempias cuti Raya Haji aritu masih melekat kot. Harap2 weekend ni dpt rehatkan diri sikit, kena muhasabah diri juga yg kena aku kena rajin kerja supaya tak dikategori makan gaji buta saja. Harap2 juga minggu depan semangat bekerja datang semula.


Pagi ni, Putrajaya diselubungi cuaca sejuk dan nyaman sebab semalam hujan, malas betul rasanya nak bangun pagi tadi sebab sejuk, dh tu badan pula ada sikit2 sengal sebab ke gym semalam, rajin laa plak aku ke gym skrg. Bila kita dah tahu mcm mana nak guna peralatan yang ada lagi best nak ke gym. Takde laa jadi rusa masuk kampung bila masuk gym, guna peralatan main terkam jer, last sekali tak dpt kebaikan tapi dapat kepenatan dan kesakitan saja.


Blog aku ni rasanya dh 90% siap arrangement dan re-designing. Mcm ada org tu cakap ler simple n masculine ... mmg aku nak simple jer tapi masculine tu tak terlintas la plak wakakaka .. tapi mcm malu2 lak nak ajak org masuk baca sebab byk hal kat blog aku ni hanyalah hal2 berkait diri aku dan byk membebel jer hahaha .. anyway nak juga cuba sentuh hal2 serius sikit lepas ni.


Sebelum ni aku minat gila fotografi, mcm2 peralatan fotografi aku beli dari kamera DSLR sampai dry cabinet, tapi lepas setahun belajar dan mencuba, minta tu mcm dh jadi tukun tiruan dlm diri aku, kemahuan tu ada tapi byk perkara yang menghalang terutama kerja aku skrg, takde masa nak buat hal lain yang perlukan komitmen mcm aktiviti fotografi ni, keja luar makin banyak dan tak putus2, hujung bulan ni 3 minggu keja luar, ofis mcm tempat singgah jer. Weekend saja laa masa nak rehat kepala otak. Rasanya mcm nak jual brg2 fotografi aku tu, simpan saja pun nanti boleh rosak n naik fungus, kalau dh jadi mcm tu dh takde harga dah, rugi ler plak.

Selamat Hari Jadi vs Happy Birthday


Lagi ttg kelahiran.


Aku mcm pelik sikit kenapa orang di Malaysia suka guna term "Selamat Hari Jadi" utk ucapan kepada sesiapa yang menyambut hari kelahirannya. Memang ada yang guna "Selamat Hari Lahir" tapi tak ramai rasanya.


Bahasa Inggeris menggunakan istilah yang betul pada pendapat aku, "Happy Birthday", direct translation ke bahasa Melayu = Selamat Hari Lahir. Yang org kita ramai guna Selamat Hari Jadi tu dtg dari mana pulak?


Tahu ke kita bila hari jadi kita secara tepat, yang tentunya kejadian kita sbg manusia bermula ketika di dalam rahim ibu lagi yang tak siapa pun tahu masa dan tarikh yang tepat kejadian tersebut.


Peringkat utama kejadian manusia tentulah ketika persenyawaan antara sperma dan ovum, tapi tarokh dan masa hal ni berlaku tak diketahui secara tepat, doktor2 pun hanya membuat anggaran sahaja untuk wanita yang mengandung.
.................................................................................................................................................................


Kita ambil pandangan dari aspek agama pula, mengikut Islam ketika di alam rahim perkembangan manusia bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.


Para Ulamak sependapat mengatakan peniupan roh berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan manusia telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
.................................................................................................................................................................


Oleh itu pada pendapat aku, penggunaan ucapan "Selamat Hari Jadi" untuk mengingati tarikh seseorang itu dilahirkan ke dunia ini adalah tidak tepat, ucapan "Selamat Hari Lahir" atau "Happy Birthday" adalah lebih tepat dan sesuai untuk ucapan yang menggambarkan dan mengingatkan hari kelahiran seseorang itu.


Just my 2 cent opinion ...

Di Sebalik Bulan Kelahiran Aku


Di sebalik bulan kelahiran aku ... Disember


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
 
Byk posting aku skrg cerita tentang kelahiran saja, bukan apa mood birthday masih ada hehe .. so layan jer lah.
 
Tentang rahsia kelahiran pada bulan Disember oleh Dr. Fadzilah Kamsah ni aku pun tak tau nak komen sgt, cuma kalau dlm list di atas tu 80% betul dan sama dengan sikap aku rasanya, tapi tu penilaian aku terhadap diri sendiri, selalunya bila nilai diri sendiri ni masing2 selalu akan jadi "bias" untuk diri sendiri, biasa laa kekurangan sikap pada diri sendiri kdg2 bagi tuan badan rasa ia ok, tapi pada sesetengah org lain merasakan ia menjelekkan. Oleh itu, biarlah org di sekeliling yang nilai kebenaran hasil kajian tu dengan diri aku. Cuma kita perlu faham yang setiap perbuatan ada sebabnya dan setiap tingkah laku ada puncanya, lain laa kalau something wrong dengan mental org tu.

Rahsia Bulan Kelahiran


Saja nak share sikit info dengan semua,walaupun dah lama dan dah ramai orang dah baca tentang kajian ni tapi aku nak juga letak kat sini supaya yang baik dpt dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.


Tetapi jangan terlalu taksub dgn apa yang diutarakan kerana ia adalah berdasarkan kajian manusia dan seperti yang kita sedia maklum fitrah kejadian manusia berbagai-bagai sikap dan perangai jadi jadikanlah nukilan ini sebagai satu wadah kita menilai diri dan sebagai pengetahuan am untuk diri kita bukan untuk kita mencerca atau memperlekehkan mana2 pihak.


Kajian ini dibuat oleh pakar motivasi terkemuka iaitu Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.





JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER


* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Related Posts with Thumbnails