Kembali Ke Kampung ...


Di ketika warga kota mula mencari bantal dan tilam untuk melabuhkan diri di dermaga mimpi, aku mula mengorak perjalanan pulang ke kampung, tepat jam 12.00 tgh malam tadi aku melintasi plaza tol Jalan Duta untuk kembali ke kampung.

Di kesempatan 3 hari cuti umum utk minggu ni, aku tambahkan 2 hari cuti aku sendiri jadi dptlah aku berada lama sikit di kampung. Ada sesetengah rakan2 memperli aku, "ko pun raya cina jugak ke?" ... mentang2 ler kampung diorang hanya sekangkang kera dari KL boleh ler cakap mcm tu. Kampung aku hampir 6 jam dr KL so paham2 jer lah, setakat cuti 2-3 hari tak berbaloi nak balik yang mana lebih byk masa habis di atas jalanraya sahaja berbanding di kampung. Jadi peluang cuti panjang jer lah yg boleh diambil kesempatan ni. Kalau cuti pendek aku balik dgn bas atau keretapi jer, jimat kos sikit, tp kali ni cuti agak panjang aku amik keputusan utk drive balik, biasa ler bila dah balik cuti panjang ni mesti ler tugas hakiki di kampung aku sbg driver. Terutama sekali untuk ibu tersayang, nak bawa ke klinik buat check up dan ke mana saja dia nak pergi. Itu tugas wajib aku bila balik kampung. Dan aku mmg suka jadi driver ibu ku, bukan apa teringat masa ke aku darjah 1 dan 2, ibu lah yang menghantar aku ke sekolah dgn basikal, aku duk kat belakang atas "carrier" besi mujur tak kematu bontot aku dan sekolah aku lebih kurang 5 km dr rumah, tp tu lah kenangan suatu masa dulu yang tak mungkin aku dpt balas kepada ibu ku. Jadi selagi ada usia dia, biarlah aku pula yang menjadi pemandu dia ke mana sahaja yang dia kehendaki. Setakat memandu kereta atau membawa motorsikal tu apa lah sgt, amatlah mudah berbanding kudrat ibu mengayuh basikal setiap hari pergi dan balik tu.

Berbalik dgn perjalanan aku, dalam perjalanan tadi aku terserempak dgn 2 kemalangan serius dan sekali ditahan polis, ingatkan kena tahan road block tu nak kena saman, tapi seingat aku balik kali ni mmg aku tak pecut, maintain antara 100 km/h & 120 km/h jer. Mmg tak saman pun, dia cuma tanya apa kebenda kotak byk kt seat belakang, dia suspect aku smuggle apa2 kot ... hampeh betul, muka innocent mcm aku pun dia suspect ker ? hehehe ..(innocent sgt ke muka aku ni ... haha perasannn). So cakap nak balik kampung dia cakap ok, jalannnnnn. Selamatttt ... kalau tak bertambah ler koleksi saman aku hehe.

Aku berenti pit stop 2 kali Tapah dan Sg. Perak tu pun dlm 15 minit jer setiap R&R tu, tak ngantuk lak rasanya, so aku teruskan perjalanan, dan Alhamdulillah selamat tiba di rumah jam 5.30 pagi, sempat lagi singgah beli nasi lemak RM0.70 kt kedai, org sini panggil 7 kupang.

So Insyaallah, kalau aku rajin dan sempat aku updater ler blog aku ni lagi nanti. Terasa gatai jari lak memblogging semula hehe.

Tata ... salam dari kampung ku .. Arau, Perlis.

Tahun Baru



Assalamualaikum ...

Tahun baru menjelma sekali lagi .. selamat tinggal 2010 .. aku rasa tahun 2010 lepas bagi aku agak interesting sebab full year aku tak perlu pikir bab study, sebab tahun2 sebelum tu selama 4 tahun kepala otak aku asyik tumpu kat study jer, so 2010 kepala otak rilek sikit.

Apa apa pun segala pengajaran dan pengalaman yang aku dapat pada 2010 akan aku jadikan teladan untuk aku meghadapi 2011 pula .. Insyaallah aku takkan ulangi sbrg kesilapan yang aku buat dlm 2010 pd tahun 2011 ini. Dah mcm azam dah tu hehehe

Ok bercakap tentang azam .. azam utama tahun 2011 ni aku nak teruskan azam 2010. Tapi aku pun dah lupa rasanya .. takpelah yang utama aku nak bekerja dengan lebih baik n nak hindari sumber-sumber rezeki yang haram … aku juga berharap sangat2 dapat mencari peluang kerja lain yang berdasarkan kelulusan aku yang terkini, kalau belum rezeki dapat naik pangkat jawatan sekarang pun jadilahhhh hehe ..

Selain itu, aku juga dah mula aktif dalam bidang fotografi dalam tahun 2010, dan mula cuba mengetengahkan nama dan hasil kerja aku (portfolio) kepada umum dan percaya ke tak, dah ada customer mula mencari dan telah menggunakan khidmat aku sebagai photographer, terutama sekali untuk wedding dan model portraiture. Alhamdulillah moga tahun 2011 semakin bertambah ilmu aku dalam bidang fotografi nih.

Satu lagi perkara penting family aku yg tercinta kat kampung aku. Mak dan Ayah aku pun dah berusia 71 tahun bulan Januari ni, tapi Alhamdulillah masih sihat lagi dan Aku doakan moga-moga kesihatan mereka akan terus dipelihara Allah S.W.T .. Aminnnnn

Apa lagi aaaa … hmmmm bab jodoh .. hehehe aku pun dah pening kepala bab ni, balik kampung jer hampir satu kampung kalau jumpa aku akan  tanya bab ni, manakan tidak nya .. bleh kira kt kg aku tu semua yg sebaya dgn aku lelaki n pompuan dah kawin dah aku sorang je yg masih bujang … entah ler aku serahkan perkara ni pada takdir dan ketentuan jodoh ler, bukan tak berusaha, dah berusaha tapi tu ler dikatakan takde jodoh, dah xde org nak so aku biarkan jer lah, takde masalah bagi aku, bab mcm ni tak leh nak paksa2 org kan, tapi mungkin belum sampai seru kot hehe ..

Ok lah setakat ni dulu mukaddimmah aku utk tahun 2011 ni .. and sebelum terlupa satu lagi azam tahun baru aku adalah nak posting blog ni tiap-tiap minggu atau seberapa kerap yg aku boleh, kalau boleh posting tahun ni dpt atasi jumlah tahun lepas hehe ..

SELAMAT TAHUN BARU …

Takziah kepada keluarga aktor Faizal Yusof




Dalam kemeriahan menyambut tahun baru kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon berbakat Faizal Yusof ke rahmatullah pada jam 2.00 petang tadi di Pusrawi. Arwah dikhabarkan terjatuh di dalam bilik air di rumahnya dan dikejarkan ke PUSRAWI tapi arwah meninggal dunia di situ. Mengikut doktor arwah mengalami kegagalan jantung apabila salah satu saluran jantungnya tersumbat.

Faizal Yusof 33 tahun memang seorang pelakon yang berbakat, lakonan paling aku ingat adalah dalam siri Manjalara dan Adamaya .. tapi Allah lebih menyayangi beliau dan memanggil kembali pada usia yang muda. Faizal pernah bernikah dengan penyanyi terkenal Siti Nordiana suatu ketika dulu tapi berpisah, telah berkahwin lain selepas itu. Beliau meninggalkan balu yang sedang mengandung 5 bulan.

Jadi sama-samalah kita ambil iktibar yang usia bukan penentu penghujung nyawa kita, di usia muda juga sekiranya sampai waktu ajalnya maka tidak sesaat pun awal atau lewat kita akan dipanggil mengadap yang Esa.

AL-FATIHAH

HAPPY NEW YEAR 2011



Tahun Baru dan usia baru ... takde azam pun aku tetapkan tahun ni cuma nak sambung balik usaha menggapi beberapa cita2 aku yang belum aku kecapi. Insyaallah 2011 bakal jadi tahun yang sibuk buat diri aku.
Kepada rakan-rakan semoga tahun baru ini juga membawa seribu makna baru dalam hidup anda ... mari bersama-sama kita jelajahi 2011 dengan semangat baru ...


Kembali Ke Dunia Blogging


Assalamualaikum ..

Fuyyoooo .. dah bersawang blog aku nih, bukan tahap bersawang tp jin pun dah berselera nak singgah kot hehe ..

Banyak yang berlaku dalam hidup seharian aku sepanjang aku mendiamkan blog aku nih .. akan aku coretkan sedikit demi sedikit ke dalam blog kecil ku ini dari semasa ke semasa mulai tahun baru akan datang. Bulan Disember ini mmg bulan yang amat kelam kabut untuk aku, dengan kerja pejabat yang tak putus2 menerjah hari-hari aku dan juga pengaruh hobi dan minat aku yang kadang2 memenuhi saat hujung mingguku. Ada yang menarik dan ada yang pelik so sampai masanya nanti akan aku coretkan untuk rakan2 yang sudi membaca.

Sehingga bersua kembali dlm masa terdekat nanti ... Wassalam

Kewajipan Zakat Fitrah













Dah melepasi separuh bulan menempuhi bulan Ramadan. Dalam kehangatan membuat persediaan menyambut raya, sudahkah kita menjelaskan Zakat Fitrah yang menjadi kewajipan juga di bulan Ramadan ni. Di Wilayah Persekutuan tahun ini 2010 jumlah zakat fitrah adalah RM7.00. Sebaiknya pemberian zakat fitrah ini dibuat di kawasan kita mencari rezeki. Contohnya : rumah kita di dalam negeri Selangor dan kita bekerja di Wilayah Persekutuan, adalah sebaiknya zakat fitrah ini dibayar di Wilayah Persekutuan. Tapidalam kes tadi, tidak menjadi dosa atau kesalahan kalau memberi zakat fitrah tersebut di kawasan tempat tinggal, tapi lebih afdhal diberi di kawasan kita mencari rezekiBerikut sedikit penerangan tentang Zakat Fitrah yang diambil dari www.e-zakat.com.my ... sama2lah kita menunaikan tanggungjawab kita.


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud :

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim.

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :

1. WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

3. WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

4. WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Puasa ke ?


Alkisah ... 

Aku sekarang tiap2 hari kerja luar sejak dari sebelum puasa lagi. Tempat aku kerja ni pulak berhampiran food court dan 2 kedai mamak yang agak famous kt Presint 9 Putrajaya. Tempat parking kereta pulak memerlukan aku berjalan melalui kawasan belakang food court dan kedai mamak tu untuk ke tempat aku bekerja. Jadi nampak gambaran rutin perjalanan harian aku kan. Jadi, secara tak langsung dapat laa aku tgk dan amati keadaan di kawasan restoran mamak tu setiap pagi dan setiap tgh hari waktu nak masuk dan nak keluar rehat.

Apa yang menjadi tanda tanya pada aku, selalu sgt aku nampak jejaka2 yang berwajah Melayu membeli makanan masa pagi dan juga tgh hari dari kedai mamak tu. Lagi menjadikan aku was-was pernah aku nampak lelaki ni masuk kedai mamak pakai helmet dan visor masih tutup muka beli makanan, bila dia nampak aku dgn memeber2 aku menuju ke tmpat parking bleh pulak main sembunyi2 sebelah tiang. Satu lagi, rupa2nya kedai mamak ni ada konsep "drive thru" skrg, dasat .. dasat .. tak payah turun kereta, parking jer belakang kedai order jer nak lauk apa jap lagi sampai laa order tu ke kereta, makin maju mamak skrg dah boleh lawan fast food restaurant.

Itu ler, gelagat yang selalu aku nampak hampir tiap2 hari di kawasan ni. Sebab tu ler tajuk entri ni "PUASA KE?". Aku tak cakap yang diorang yang beli tu tak puasa sebab aku tak nampak diorang makan. Mana ler tahu kot2 belikan untuk rakan2 non-muslim atau rakan2 pompuan yang uzur kt ofis. Tapi terpikir lak, rasanya rakan2 non-muslim yang kerja kerajaan ni tahu nak hormati rakan2 yg puasa dan takkan sekali2 minta tolong belikan makanan di bulan puasa ni. Rakan2 pompuan yang uzur lak dh tentu segan dan malu nak minta tolong belikan sebab nanti org tau dia tgh dtg bulan hehe. Jadi ... fikir-fikirkanlah.

Jika benar lelaki2 segak dan macho ni tak puasa, ishh tak malu ke kt adik2 sekolah rendah yang cuba untuk puasa sampai lembik tu. Lepas tu dah dewasa pun tak puasa mcm mana nak nasihatkan anak2 (kalau ada atau bakal ada) suruh puasa, dh hipokrit namanya. Setiap tahun sebulan jer yang diwajibkan puasa, lagipun byk kesan2 baik dari berpuasa ni. Jadi selamilah hikmah berpuasa tu dan jgn pikir ia sbg beban sahaja.
Related Posts with Thumbnails