Tahun Baru
Assalamualaikum ...
Tahun baru menjelma sekali lagi .. selamat tinggal 2010 .. aku rasa tahun 2010 lepas bagi aku agak interesting sebab full year aku tak perlu pikir bab study, sebab tahun2 sebelum tu selama 4 tahun kepala otak aku asyik tumpu kat study jer, so 2010 kepala otak rilek sikit.
Apa apa pun segala pengajaran dan pengalaman yang aku dapat pada 2010 akan aku jadikan teladan untuk aku meghadapi 2011 pula .. Insyaallah aku takkan ulangi sbrg kesilapan yang aku buat dlm 2010 pd tahun 2011 ini. Dah mcm azam dah tu hehehe
Ok bercakap tentang azam .. azam utama tahun 2011 ni aku nak teruskan azam 2010. Tapi aku pun dah lupa rasanya .. takpelah yang utama aku nak bekerja dengan lebih baik n nak hindari sumber-sumber rezeki yang haram … aku juga berharap sangat2 dapat mencari peluang kerja lain yang berdasarkan kelulusan aku yang terkini, kalau belum rezeki dapat naik pangkat jawatan sekarang pun jadilahhhh hehe ..
Selain itu, aku juga dah mula aktif dalam bidang fotografi dalam tahun 2010, dan mula cuba mengetengahkan nama dan hasil kerja aku (portfolio) kepada umum dan percaya ke tak, dah ada customer mula mencari dan telah menggunakan khidmat aku sebagai photographer, terutama sekali untuk wedding dan model portraiture. Alhamdulillah moga tahun 2011 semakin bertambah ilmu aku dalam bidang fotografi nih.
Satu lagi perkara penting family aku yg tercinta kat kampung aku. Mak dan Ayah aku pun dah berusia 71 tahun bulan Januari ni, tapi Alhamdulillah masih sihat lagi dan Aku doakan moga-moga kesihatan mereka akan terus dipelihara Allah S.W.T .. Aminnnnn
Apa lagi aaaa … hmmmm bab jodoh .. hehehe aku pun dah pening kepala bab ni, balik kampung jer hampir satu kampung kalau jumpa aku akan tanya bab ni, manakan tidak nya .. bleh kira kt kg aku tu semua yg sebaya dgn aku lelaki n pompuan dah kawin dah aku sorang je yg masih bujang … entah ler aku serahkan perkara ni pada takdir dan ketentuan jodoh ler, bukan tak berusaha, dah berusaha tapi tu ler dikatakan takde jodoh, dah xde org nak so aku biarkan jer lah, takde masalah bagi aku, bab mcm ni tak leh nak paksa2 org kan, tapi mungkin belum sampai seru kot hehe ..
Ok lah setakat ni dulu mukaddimmah aku utk tahun 2011 ni .. and sebelum terlupa satu lagi azam tahun baru aku adalah nak posting blog ni tiap-tiap minggu atau seberapa kerap yg aku boleh, kalau boleh posting tahun ni dpt atasi jumlah tahun lepas hehe ..
SELAMAT TAHUN BARU …
selamat tahun baru geng
selamat tahun baru putra...ada jodoh ada la, cepat lambat tu kerja Allah tapi kena ikhtiar taw...hehehee...