Kembalinya Ramadhan Al-Mubarak




AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Menjelmanya anak bulan 1 Syawal 1431 tahun lepas, aku terfikir sejenak .. adakah akan aku rasai semula sinaran Ramadhan sekali lagi .... Alhamdulillah, syukur ke hadarat Ilahi yang memanjangkan usia ini dan memberi kesempatan sekali lagi untuk aku merasai nur Ramadhan 1432. Sesungguhnya Ramadhan Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, Tidur kita menjadi ibadah, Amal kita diterima dan do’a kita di ijabah. memberi satu sinar keinsafan dan memberi semangat baru untuk menambahkan lagi ibadah dan kesyukuran kepada Ilahi.

Ramadhan 1432, selalunya aku meyambut 1 Ramadhan di kampung tetapi disebabkan perancangan cuti aku agak lari dari perancangan asal jadi kali ini 1 Ramadhan aku tak pulang ke kampung. Rancangan terbaru mungkin cuti raya nanti akan agak panjang aku ambil.

Ramadhan 1432 ini juga adalah Ramadhan pertama aku di rumah baru yang bagi aku lebih selesa untuk mengatur kegiatan harian aku di rumah dan juga member tahap keselesaan yang lebih berbanding sebelum ini.

Ramadhan 1432, semoga kehadiranmu kali ini memberi sinar kepada hidupku dan juga keluargaku. Semoga Ramadhan ini juga membawa lebih kesejahteraan kepada dunia yang semakin tenat dengan tipu daya manusia.

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Petua Pemanduan Berhemah Dari Aku ...


kalau ler kereta aku mcm ni ... i likeeeee hehe

Petua ni tambahan versi aku hehe, semua terlintas dalam kepala otak aku semasa aku memandu sorang diri selama hampir 6 jam di lebuhraya PLUS semalam. Ada yang terpikir bila nampak kemalangan dan ada yang masa tunggu trafik light bertukar hijau di pagi-pagi buta selepas keluar dari highway.

1.       Sebelum memulakan pemanduan ingatlah kenderaan anda takde otak dan tak boleh berfikir sendiri.

2.       Jgn sesekali cuba membuat ekperimen antara kenderaan anda dengan guard rail sepanjang lebuhraya.

3.   Jgn juga cuba menguji ketahanan kereta anda dengan mana2 bontot kenderaan lain yang tayarnya 4 biji atau lebih.

4.       Pastikan tempat tidur adalah di katil atau setelah berhenti kereta bukan semasa mamandu sebab ditekankan sekali lagi, kenderaan anda tak boleh berfikir sendiri.

5.       Lupakan cita2 untuk menjadi pilot kapal terbang ketika memandu, kerana kereta anda bukan kapalterbang, sebab kereta anda confirm tak leh terbang, cuma boleh bergolek2 manja beberapa kali dan selalunya mendarat dalam longkang bukan kat airport.

6.       Elakkan menonton apa2 citer atau filem aksi Drift kerana ia boleh mempengaruhi minda separa sedar anda utk mencuba aksi tersebut di lebuhraya.

7.       Aksi racing atau drift di lebuhraya tidak menjanjikan ciuman manja awek litar yg cun melecun tp sekadar menjanjikan ciuman rakus guard rail highway.

8.       Jangan sesekali tengok citer hantu yang berkaitan lebuhraya sebelum memulakan perjalanan ... citer hantu terbaru berkaitan lebuhraya yg akan ditayangkan .. KARAK : Laluan Puaka ... hehehe (iklan jap hehe)

9.   Kalau ada trafik light yang mempunyai kiraan masa (countdown), fahamkan diri anda yang nombor kiraan countdown itu bukan kiraan untuk permulaan sebarang aktiviti perlumbaan samada yang haram atau yang halal.

10. Kalau ada road block polis tu jgn gelabah, kalau disuruh berhenti jgn takut, buat jer muka innocent sebab tak semua yang disuruh berhenti tu akan disaman, kadang polis tu boring and suruh berhenti sebab nak ajak sembang2 jap hehe (nasib baik tak kena saman aku semalam hehe)

11. Ingatlah yang penjaga tol juga manusia, kalau dia tertidur pagi2 buta tu jgnlah disergahnya dia, tp tolonglah kejutkan dia bebaik hehehe

Sekian 11 petua peribadi aku .... walaupun ia sekadar peringatan kepada diri  aku sendiri sahaja asalnya tp moga2 sesiapa yang sudi menjenguk blog aku ni sama mengambil iktibar dan beringat. 

Apa yang penting sama-sama kita patuhi peraturan jalanraya, dan petua yang baik utk perjalanan jauh seperti berhenti rehat seketika dan mulakan perjalanan dengan doa serta ingatlah yang tersayang ... semoga kalian semua selamat dalam perjalanan ke mana sahaja destinasi kalian. Wassalam

Kembali Ke Kampung ...


Di ketika warga kota mula mencari bantal dan tilam untuk melabuhkan diri di dermaga mimpi, aku mula mengorak perjalanan pulang ke kampung, tepat jam 12.00 tgh malam tadi aku melintasi plaza tol Jalan Duta untuk kembali ke kampung.

Di kesempatan 3 hari cuti umum utk minggu ni, aku tambahkan 2 hari cuti aku sendiri jadi dptlah aku berada lama sikit di kampung. Ada sesetengah rakan2 memperli aku, "ko pun raya cina jugak ke?" ... mentang2 ler kampung diorang hanya sekangkang kera dari KL boleh ler cakap mcm tu. Kampung aku hampir 6 jam dr KL so paham2 jer lah, setakat cuti 2-3 hari tak berbaloi nak balik yang mana lebih byk masa habis di atas jalanraya sahaja berbanding di kampung. Jadi peluang cuti panjang jer lah yg boleh diambil kesempatan ni. Kalau cuti pendek aku balik dgn bas atau keretapi jer, jimat kos sikit, tp kali ni cuti agak panjang aku amik keputusan utk drive balik, biasa ler bila dah balik cuti panjang ni mesti ler tugas hakiki di kampung aku sbg driver. Terutama sekali untuk ibu tersayang, nak bawa ke klinik buat check up dan ke mana saja dia nak pergi. Itu tugas wajib aku bila balik kampung. Dan aku mmg suka jadi driver ibu ku, bukan apa teringat masa ke aku darjah 1 dan 2, ibu lah yang menghantar aku ke sekolah dgn basikal, aku duk kat belakang atas "carrier" besi mujur tak kematu bontot aku dan sekolah aku lebih kurang 5 km dr rumah, tp tu lah kenangan suatu masa dulu yang tak mungkin aku dpt balas kepada ibu ku. Jadi selagi ada usia dia, biarlah aku pula yang menjadi pemandu dia ke mana sahaja yang dia kehendaki. Setakat memandu kereta atau membawa motorsikal tu apa lah sgt, amatlah mudah berbanding kudrat ibu mengayuh basikal setiap hari pergi dan balik tu.

Berbalik dgn perjalanan aku, dalam perjalanan tadi aku terserempak dgn 2 kemalangan serius dan sekali ditahan polis, ingatkan kena tahan road block tu nak kena saman, tapi seingat aku balik kali ni mmg aku tak pecut, maintain antara 100 km/h & 120 km/h jer. Mmg tak saman pun, dia cuma tanya apa kebenda kotak byk kt seat belakang, dia suspect aku smuggle apa2 kot ... hampeh betul, muka innocent mcm aku pun dia suspect ker ? hehehe ..(innocent sgt ke muka aku ni ... haha perasannn). So cakap nak balik kampung dia cakap ok, jalannnnnn. Selamatttt ... kalau tak bertambah ler koleksi saman aku hehe.

Aku berenti pit stop 2 kali Tapah dan Sg. Perak tu pun dlm 15 minit jer setiap R&R tu, tak ngantuk lak rasanya, so aku teruskan perjalanan, dan Alhamdulillah selamat tiba di rumah jam 5.30 pagi, sempat lagi singgah beli nasi lemak RM0.70 kt kedai, org sini panggil 7 kupang.

So Insyaallah, kalau aku rajin dan sempat aku updater ler blog aku ni lagi nanti. Terasa gatai jari lak memblogging semula hehe.

Tata ... salam dari kampung ku .. Arau, Perlis.

Tahun Baru



Assalamualaikum ...

Tahun baru menjelma sekali lagi .. selamat tinggal 2010 .. aku rasa tahun 2010 lepas bagi aku agak interesting sebab full year aku tak perlu pikir bab study, sebab tahun2 sebelum tu selama 4 tahun kepala otak aku asyik tumpu kat study jer, so 2010 kepala otak rilek sikit.

Apa apa pun segala pengajaran dan pengalaman yang aku dapat pada 2010 akan aku jadikan teladan untuk aku meghadapi 2011 pula .. Insyaallah aku takkan ulangi sbrg kesilapan yang aku buat dlm 2010 pd tahun 2011 ini. Dah mcm azam dah tu hehehe

Ok bercakap tentang azam .. azam utama tahun 2011 ni aku nak teruskan azam 2010. Tapi aku pun dah lupa rasanya .. takpelah yang utama aku nak bekerja dengan lebih baik n nak hindari sumber-sumber rezeki yang haram … aku juga berharap sangat2 dapat mencari peluang kerja lain yang berdasarkan kelulusan aku yang terkini, kalau belum rezeki dapat naik pangkat jawatan sekarang pun jadilahhhh hehe ..

Selain itu, aku juga dah mula aktif dalam bidang fotografi dalam tahun 2010, dan mula cuba mengetengahkan nama dan hasil kerja aku (portfolio) kepada umum dan percaya ke tak, dah ada customer mula mencari dan telah menggunakan khidmat aku sebagai photographer, terutama sekali untuk wedding dan model portraiture. Alhamdulillah moga tahun 2011 semakin bertambah ilmu aku dalam bidang fotografi nih.

Satu lagi perkara penting family aku yg tercinta kat kampung aku. Mak dan Ayah aku pun dah berusia 71 tahun bulan Januari ni, tapi Alhamdulillah masih sihat lagi dan Aku doakan moga-moga kesihatan mereka akan terus dipelihara Allah S.W.T .. Aminnnnn

Apa lagi aaaa … hmmmm bab jodoh .. hehehe aku pun dah pening kepala bab ni, balik kampung jer hampir satu kampung kalau jumpa aku akan  tanya bab ni, manakan tidak nya .. bleh kira kt kg aku tu semua yg sebaya dgn aku lelaki n pompuan dah kawin dah aku sorang je yg masih bujang … entah ler aku serahkan perkara ni pada takdir dan ketentuan jodoh ler, bukan tak berusaha, dah berusaha tapi tu ler dikatakan takde jodoh, dah xde org nak so aku biarkan jer lah, takde masalah bagi aku, bab mcm ni tak leh nak paksa2 org kan, tapi mungkin belum sampai seru kot hehe ..

Ok lah setakat ni dulu mukaddimmah aku utk tahun 2011 ni .. and sebelum terlupa satu lagi azam tahun baru aku adalah nak posting blog ni tiap-tiap minggu atau seberapa kerap yg aku boleh, kalau boleh posting tahun ni dpt atasi jumlah tahun lepas hehe ..

SELAMAT TAHUN BARU …

Takziah kepada keluarga aktor Faizal Yusof




Dalam kemeriahan menyambut tahun baru kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon berbakat Faizal Yusof ke rahmatullah pada jam 2.00 petang tadi di Pusrawi. Arwah dikhabarkan terjatuh di dalam bilik air di rumahnya dan dikejarkan ke PUSRAWI tapi arwah meninggal dunia di situ. Mengikut doktor arwah mengalami kegagalan jantung apabila salah satu saluran jantungnya tersumbat.

Faizal Yusof 33 tahun memang seorang pelakon yang berbakat, lakonan paling aku ingat adalah dalam siri Manjalara dan Adamaya .. tapi Allah lebih menyayangi beliau dan memanggil kembali pada usia yang muda. Faizal pernah bernikah dengan penyanyi terkenal Siti Nordiana suatu ketika dulu tapi berpisah, telah berkahwin lain selepas itu. Beliau meninggalkan balu yang sedang mengandung 5 bulan.

Jadi sama-samalah kita ambil iktibar yang usia bukan penentu penghujung nyawa kita, di usia muda juga sekiranya sampai waktu ajalnya maka tidak sesaat pun awal atau lewat kita akan dipanggil mengadap yang Esa.

AL-FATIHAH

HAPPY NEW YEAR 2011



Tahun Baru dan usia baru ... takde azam pun aku tetapkan tahun ni cuma nak sambung balik usaha menggapi beberapa cita2 aku yang belum aku kecapi. Insyaallah 2011 bakal jadi tahun yang sibuk buat diri aku.
Kepada rakan-rakan semoga tahun baru ini juga membawa seribu makna baru dalam hidup anda ... mari bersama-sama kita jelajahi 2011 dengan semangat baru ...


Kembali Ke Dunia Blogging


Assalamualaikum ..

Fuyyoooo .. dah bersawang blog aku nih, bukan tahap bersawang tp jin pun dah berselera nak singgah kot hehe ..

Banyak yang berlaku dalam hidup seharian aku sepanjang aku mendiamkan blog aku nih .. akan aku coretkan sedikit demi sedikit ke dalam blog kecil ku ini dari semasa ke semasa mulai tahun baru akan datang. Bulan Disember ini mmg bulan yang amat kelam kabut untuk aku, dengan kerja pejabat yang tak putus2 menerjah hari-hari aku dan juga pengaruh hobi dan minat aku yang kadang2 memenuhi saat hujung mingguku. Ada yang menarik dan ada yang pelik so sampai masanya nanti akan aku coretkan untuk rakan2 yang sudi membaca.

Sehingga bersua kembali dlm masa terdekat nanti ... Wassalam
Related Posts with Thumbnails