Baran ...


Salah satu kelemahan aku .. baran .. 

Tapi selepas usia 25 thn aku dh dpt kawal sikit baran aku ni.
Kalau dibandingkan zaman sekolah dulu mmg mcm langit dgn bumi laa. Kalau sakit hati sgt tak sampai tangan barang sekeliling aku aku bakling jawabnya. Dulu bergaduh selalu aku, muka ni mmg dh merasa ler penumpuk penampar penendang .. dah bukan penumbuk sulong dah, dh bercucu dh. Hidup aku di zaman sekolah dan waktu di antara sekolah dan rumah tu amatlah berbeza, hanya aku saja yang tahu. Bila kenang2kan balik zaman dulu rasa mcm budak bodoh lak masa tu, mujurlah aku tak terjerumus sampai dewasa dgn dunia tersebut. Tapi dunia tu jugaklah yang mengajar aku serba sedikit pengalaman hidup yang mungkin tak semua org dpt rasa.

Tapi lepas habis sekolah aku mcm kurang bergaul dgn kumpulan2 budak di kawasan bandar tu, aku mula berubah. Mula bergaul dgn kawan2 baru yang jauh beza cara hidup. Jadi dari situ baran aku mula dpt aku kawal, Alhamdulillah sampai skrg dpt aku kawal dgn baik, di ofis pun budak2 baru dan pompuan2 duk nyakat aku tapi aku sabar jer, kalau ikut dlm hati mmg aku nak bagi penyepak jer, niat kdg2 tu ada gak nak sekeh jer sekor2 tp setakat tu ler, takde aku nak buat diorang yg dh aku anggap mcm adik2 aku dh ni. Biarlah, tak elok umur2 aku ni nak gaduh2.

Kepada rakan2 yang kadang2 aku terlepas baran tu jgn laa kecik hati lama2, bukan aku nak bencikan korang ke apa, tapi aku pun manusia biasa ada masa boleh crack gak sabar aku ni.Kalau ada yang aku "ter" tu, maaf jer lah yang mampu aku pinta. Terima kasih kepada yang sudi memahami.

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010




Pesta belon datang lagi .. hehe

Ni buka belon mainan kanak2 tu tapi belon udara panas yang besar tu dan boleh naik lagi .. kali ni kali kedua diadakans ebab thn lepas dpt sambutan hangat sampai 150 000 org dtg.

Tahun ni 4 hari diadakan kernival ni, dari Khamis sampai Ahad. Tadi aku tgk khemah2 dh naik, siap dah ada pesawat ringan di bawa ke lokasi maybe ada pameran jugak kot. Tgk bilangan khemah rasanya 2-3 kali ganda besar dr thn lepas.

Aku bukan minat sgt nak naik belon ni tp aku nak amik gambar belon tu dan jugak gelagat org yg dtg tuu, gila photo shot dh mai balik dlm kepala otak aku ni hehe. Setiap hari jam 7.45 pagi sampai 8.15 pagi dan pukul 5.45 ptg sampai 5.15 ptg adalah waktu khas utk photographer2 masuk ke kawasan pelancaran belon utk amik gambar. So kali ni mmg aku nak pegi ler, thn lepas dh terlepas peluang. Saja jer gatai nak menembak lak skrg ni.

Mid Valley & Bangsar Village


Kebosanan melanda aku semalam, sehari kat rumah so last sekali aku meloloskan diri keluar dari rumah aku (bukan ada sapa nak tahan pun hehe). Destinasi aku nak cari aksesori benda yg aku beli aritu, tp dh malam kedai yg biaa aku pegi pun dh konfirm tutup. Jadi alang dah kelaur tu aku decide pegi ke Mid Valley. Jalan pun ok tak jem tp keta byk jugak. Sampai Mid Valley cari parking lak satu hal dekat 20 minit aku berpusing2 cari lot parking.

Masuk je dalam ruang kedai di Mid Valley tu dah penuh dgn org, tiba2 lak terserempak dgn member sepejabat, adehhh mana saja aku pergi sekarang mesti ada jumpa orang yang aku kenal, tak macam 5-6 thn lepas, tak kenal sapa2 lagi masa tu hehe.

Jalan punya jalan punya jalan .. mata aku terlihat sebuah kedai yg ada jual brg yg aku nak cari tu, nasib baik kedai tu buyka smpai malam. Masuk kedai tu habis semua jenis brg yg aku nak beli tu aku suruh dia keluarkan, tilik kiri tilik kanan .. last2 aku beli laa salah satu brg tu, habis laa RM130, benda nya kecik jer, nipis tapi mahal, yg tu jer yang agak2 murah gak ler, nak amik yg murah sgt nanti kualiti tak elok lak.

Selesai membeli aku jalan2 window shopping, rupa2nya ada diorang bina replika Wonderland dari filem Alice in Wonderland, meja makan Mad Hatter pun ada, sebijik mcm dlm filem. Ramai laa plak duk nak bergambar kt situ. Lepas tgk gelagat org aku masuk ke MPH nak tgk2 buku yg maybe menarik minat aku. Teringat lak satu buku bertajuk "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Map". Aku jumpa buku tu kat MPH Bangsar Village minggu lepas, tp masa tu tgk2 jer, arini mcm nak beli lak rasanya. Cari punya cari tapi tak jumpa, search kt online katalaog ada tp cari tak jumpa. Takpelah aku kata, nanti aku pegi cari kt tmpat lain ler. Kelaur dari MPH masuk lak kat Jusco, tgk baju t-shirt, tapi tak meanrik lak design dia. Last2 tersangkut kt barang Deuter (produk outdoor), tgk beg dia mcm teracun lak, beg deuter aku skrg dh lusuh kat rumah tu, ingat nak cari baru. Tapi tak terbuka hati lak nak beli sebab duk teringat ttg buku tadi.

Lepas keluar dr Jusco aku terus ke kereta n decide nak pegi MPH Bangsar Village. Mujur le dekat jer n jalan pun ok. So dpt gak aku beli buku tu di MPH Bangsar Village. Mahal jugak, mentang2 ler best seller hehe. Dari Bangsar aku terus je balik ke Putrajaya, excited nak start baca buku aku beli td hehe .. Lepas aku habis baca buku tunanti akan aku bagi review kat sini.

Badminton .. Formula 1 .. Bolasepak


MALAYSIA BOLEH !!!


Sorakan Malaysia Boleh bergema bila Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi kategori perseorangan lelaki kejohanan badminton Seluruh England edisi ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19 di Arena Kebangsaan di Birmingham, London. Suasana di Arena tersebut dh mcm suasana di Malaysia rasanya, bila sorakan penyokong Malaysia bergema di segenap penjuru Arena,  penyokong2 Malaysia di sana yang terdiri dari pelajar2 Malaysia dari seluruh England sedikit sebanyak sokongan mereka itu menyumbang kepada semangat dan konsentrasi Lee Chong Wei.







Ferrari kembali ...
Formula 1 kembali membuka tirai di Litar Bahrain .. nampaknya Ferrari kembali menunjukkan taring selepas persembahan hambar thn lepas. Alonso dan Massa di tempat pertama dan kedua, ketiga Lewis Hamilton. Michael Schumacher di tempat ke-6 (ok laa untuk penampilan sulung selepas beberapa thn bersara). Team Malaysia plak, Lotus F1 berkedudukan di kelompok belakang sekali, tp yg menariknya dua-dua pelumba Lorus dpt menamatkan perlumbaan, satu prestasi yg baik utk pasukan baru.


Manchester United Menang ..


Manchester United menang lagi .. Kalahkan Fulham 3-0 .. sekali lagi Rooney menjadi pemusnah berbisa buat MU dgn 2 jaringan dan Berbatov dgn satu gol. MU skrg kembali ke takhta liga tapi lebih satu perlawanan berbanding Chelsea, sekiranya Chelsea menang perlawanan seterusnya takhta liga akan bertukar tangan lagi. RACE TO THE FINISH. GLORY GLORY GLORY

lain dicari, lain dibeli ... sakit hati punya pasal


Alkisah, aku dlm seminggu dua ni sedang mencari satu brg ni, dan dh decide nak beli model apa yg aku nak. So satu survey secara rambang (bukan seks rambang aaaa) ke seluruh website yg berkaitan.

So aku dpt ler detect beberapa seller yang nak jual brg yg aku nak tu, so aku contact laa diorang ni, tapi amatlah kecewa sebab tiap2 org yg aku call tu berita yang aku spt semua dh jual atau dh ada org booking .. ampes tu. Dlm masa seminggu tu aku contact dekat 15 org seller tp semua nya aku terlambat, ada yg still ada tapi bila tgk condition .. hancussss

Still aku tak putus asa, tp disebabkan panas hati dgn keadaan tu, dan dlm keadaan panas hati tiba2 aku ternampak satu iklan ttg model yg lebih baik dr model yg aku nak cari tu dgn harga yg agak sedikit rendah dari market price skrg, so pikir punya pikir punya pikir .. dgn hati masih panas tu terus aku call seller tu, tapi jawapan pertama dia ckp .. "brg ada lagi", dh naik syok aku, tp dia sambung, "esok dh ada potential buyer nak tgk brg" .. alamak sekali lagi aku kena, frust giler .. so aku ckp kt dia, "takpelah, kalau esok buyer tu tak jadi mintak dia call aku" .. tp tiba2 dia ckp, "kalau u nak skrg I bleh jual kat u, 1st come 1st serve basis" .. fuh tawaran menarik ni. Aku ckp kt dia 30 minit lagi aku call, bukan apa aku nak pg amik cek duit kt mesin ATM dulu hehe.

Sampai kt mesin Atm aku cucuk masuk kad n tekan pin .. sekali ko kat skrin mesin ATM to keluar "need to change password", bila tekan pin aku dia keluar mcm tu, alahaiiiii mesinnnnn ... apa kejadahnya ko nak buat hal waktu2 mcm ni. 3 kali cuba tetap sama, tak berani nk cuba lgi takut ditelannya kad aku. So aku telefon call center, dia kta maybe kad aku tu ada problem, alamak, nak manual withdrawal kt bank dah tutup, esok sabtu lak .. tp call center tu bagitau cawangan bank kt KLCC buka weekend (baru aku tau RHB Bank ada yg buka weekend, ingat AMBank jer). Aku call seller tu plak bagitau tak dpt jumpa mlm ni, kalau sempat pagi esok, dia kata ok, sebab yg sorang lagi tu nak tgk tgh hari. Maksudnya aku kena sampai sebelum tgh hari ler. Plan pun disusun.

Sabtu pagi, pukul 8.30 aku dh keluar ke KLCC, sampai di KLCC rupa2nya bank buka pukul 10.00 pagi, lepak2 ler kejap sambil tgk model kereta F1. Buka jer pintu bank aku terus masuk, org kedua tekan butang giliran tu. So Alhamdulillah dpt gak keluarkan duit n settlekan masalah pin nombor aku semalam. Lepas tu aku terus ke Ampang jumpa buyer kt area Ampang Point dlm pukul 11.00. Alhamdulillah akhirnya aku dpt memiliki barang yg aku tak pernah impikan sebelum ni walaupun off budget sikit, tp harga brg tu pun below market price sikit n seller siap bagi aku free gift yg harga hampir RM100 gak rasanya, dan mmg plan seterusnya aku nak beli brg tu, tp dah dpt free lak tu, Alhamdulillah. A very very good deal.

Sebelum terlupa aku nak ucap terima kasih kat Tuan Penasihat aku Mr. Md. Zaki helmet merah hehehe .. hampir 2 minggu ni aku asyik ganggu dia jer mintak nasihat hehehe ... Tengkiu tuan penasihat, balik kampung nanti aku belanja nasik ganaja ok hehe.

p/s : sengaja aku tak bagitau apa brg yg aku beli tu, pandai2 ler korang teka hehehe



siaran tv ditemani mata yang tak mengantuk


Mata ni tak ngantuk la plak malam ni .. so apa lagi .. melayan tv je lah .. tapi tv aku ni gambar tak berapa clear sebab antena atas flat aku ni dah nak lingkup agaknya .. dh lama mcm ni, pernah buat aduan, technician tu cakap kena perbaiki time keja, so sorang kena ada di rumah time dia nak buat tu. Last2 sampai skrg tak buat2 jugak sebab byk kerenah sgt. minta buat pukul 5 pun tak nak .. hampes tu, tiap2 bulan maintainance bayar tp servis amatlah tidak memuaskan. Ingat nak masuk Astro, tp balik2 fikir nak buat apa membazir duit, aku bukan jenis melayan tv sgt skrg ni, time mcm ni jer aku tgk tv betul2 tgk nyer hehe .. lagi satu kalau ada Astro kang tak tido malam aku melayan filem n bola hehe.

Tapi nasib baik tv2, tv3 n tv8 masih bleh tgk walaupun agak byk noise kt gambar dia. Layan jerlah, mujur ada citer Chuck time aku tak ngantuk ni, bleh gak layan. Tv2 nampaknya dh byk filem n siri yang best2 time lewat2 malam ni. Sblm ni byk siri retro mcm Macgyver n Airwolf disiarkan balik, tu pun aku suka jugak hehe .. siri2 tv zaman kecik2 dulu hehe.


Airwolf : salah satu citer yang aku tak pernah miss tgk time kecik2 dulu .. hujung 80an & awal 90an .. muzik siri ni mmg best dan masa ni jugak ada siri Knight Rider ttg kereta boleh bercakap, dan kereta tu pun warna hitam jugak. Tapi Airwolf ni lebih menarik bagi aku, maybe sebab tak pernah tgk helikopter kot masa aku kecik2 dulu.


Macguyver : kalau aku nak buat carta siri tv retro, dlm carta aku sure siri Macgyver ni duk atas sekali. Dulu mmg gila sungguh tgk cerita ni, sampai nak tiru laa apa yg dia buat tu tapi cakap saja laa nak buat pun eksen2 jer ler hehe .. satu lagi nak ada jugak pisau lipat Macgyver tu, masa ni laa baru kenai pisau lipat jenis Victorinox ..
Tapi siri ni pernah dikritik dan dicadang supaya dihentikan cadangan sebab ada kes org meniru betul2 apa yg di tunjukkan dlm siri ni sampai berlaku kecederaan. Tapi siri ni terus ditayangkan jugak utk 2-3 thn rasanya. Aku ada koleksi DVD dia utk season 1 sampai 3 .. layannnnnn hehe





hari-hari yang berlalu


Hmmm agak lama gak tak masuk posting baru .. byk perkara berlaku sebenarnya dlm 2-3 minggu ni tapi aku lak mcm malas nak ngadap blog ni. so alang2 dh free sikit ni aku merajinkan sikir jari jemari aku ni menaip.

Dalam masa 2-3 minggu ni mcm2 perkara berlaku dlm hidup aku, senang cakap aku mmg bz dgn dunia aku buat sementara, aku tolak ke tepi semua hal2 lain sekejap untuk settle kan hal2 yg ada ni. so lepak2 pun aku dh jarang skrg ni dan apa2 yang agak mengurangkan budget aku bulan ni aku slowkan sikit sebab aku perlu mencatu badget aku utk perkara yang lebih penting.

Perkara paling besar rasanya adalah aku beli sebuah motorsikal utk aku buat pegi keja .. dengan harga RM2700 aku dpt sebuah motosikal Modenas Kriss 120 thn 2008 yang masih kelihatan mcm baru. Thanks kepada seller .. Pak Lang dari Rawang yang betul baik orgnya dan mudah nak berurusan. Semua hal insurans n jpj dia uruskan aku cuma pegi sain n amik motor dan geran. Jumpa iklan motor ni pun kat Mudah.my .. so skrg merempit laa aku dlm Putrajaya ni hehe .. beli motor 4 stroke senang nak jaga, isi petrol n tukar minyak itam bila sampai masanya. Kat kampung ada sebijik lagi motor aku Yamaha 125z, tapi yang tu aku punya transport kalau balik kampung so tu yg malas nak bawa ke sini. Motor tu 2 stroke so agak cerewet sikit nak jaga tapi apakan daya masa beli tu dulu dlm keadaan jiwa kelajuan hehe .. apa tak nya motor tu kecik tapi lari mcm RXZ n TZM laju dia. Dulu aku guna utk berulang dari Penang ke kampung masa aku belajar n bekerja di Penang. Motor kapcai tu aku bantai 140kmj-150kmj atas highway .. mmg masyuk aaa .. masa tu mmg gila2 sikit kepala otak aku ni hehe. tapi bila dh masuk lepas usia 25 thn dulu aku dah kurang2kan sikit kepala otak gila aku tu, cuba rilek2 kan diri dan hidup aku ni, so sebab tu aku amik motor yang tak berapa laju ni, lagipun aku nak buat motor ni motor riadah jer, time nk pegi gym ke bersukan ke org nak pegi kedai ke .. takde la nak pegi kedai makan jarak tak sampai 1 km nak naik keta jugak kot.

Habis citer bab motor .. masuk satu lagi citer .. aku juga dlm proses mancari sumber pendapatan tambahan, skrg ni tgk keadaan gaji aku saja tak mencukupi buat aku, utk belanja hidup mmg cukup tapi aku nak juga buat simpanan, nak simpan pun takkan sebulan RM50 atau RM100 .. sekurang2nya RM200 ke atas sebulan .. umur aku bulan belasan2 tahun ada awal 20an nak simpan sebulan RM50 dan nak pegang pada prinsip sikit2 lama2 jadi bukit pun aku kena tafsir lain perkataan "sikit-sikit" tu .. dulu masa kecik "sikit2" tu sekupang atau dua kupang .. tp bila dh usia mcm aku ni "sikit2" terletak pada satu benchmark yg agak tinggi. jadi peribahasa tu kena ditafsirkan semula dalam kamus hidup aku. jadi berkejar aku ke serata pelusuk Lembah Klang utk menjayakan projek aku ni, harap2 dengan izin Allah dptlah aku menambahkan sedikit rezeki aku selepas ni. 

Aku sebenarnya tak berapa suka kerja makan gaji, dah tu gaji pulak tak setimpal dgn tugasan yang diberikan. Lepas tu kena marah dgn org yang juga makan gaji, sebab jawatan dia tinggi dia boleh marahkan org bawahan .. ayat aku senang saja, "ko ingat gaji aku duit bapak ko bayar ke yg nak maki2 n tunjuk lagak depan aku?" mungkin sebab ni juga kot aku tak diterima utk jadi PTD, sebab aku kuat memberontak dan aku jenis tak kisah ttg jawatan. Bagi aku rasa hormat bukan boleh diberi kpd seseorang itu kerana harta, pangkat atau taraf pendidikan yang tinggi semata-mata tapi byk perkara lain perlu diambil kira .. respect doesn't come by itself, to get it u must earn it. Aku lagilah meluat kalau nampak sgt org tu berlakon semata2 nak dihormati, cuba berlagak tahu segala2nya dan berlagak matang sedangkan perlakuan dia sendiri menunjukkan sebaliknya. Wahhhhh dh jauh aku melalut ni .. next time sambung lagi ... tata
Related Posts with Thumbnails