Demam Selsema vs Demam Piala Dunia


Alhamdulillah .. harini badan aku dah segar skit berbanding semalam. Tapi dlm pukul 9.00 malam semalam aku mmg flat kt tempat tido, nak buka mata pun dah rasa lesu. Tapi aku gagahkan juga bangun dan makan ubat, aku takde masalah nak makan ubat dari kecik lagi, tak mcm sesetengah orang yang tak suka makan ubat hehe ... lepas makan ubat aku off tv dan off kipas terus aku tidur dgn selimut. Peluh mcm baru mandi tu, tanda2 nak cepat kebah atau sembuh .. aper bleh buat, tahan je laaa.

Terjaga pukul 4.30 pagi and rasa badan mcm segar sikit, dah kebah kot demam aku ni. On tv balik dan sempat tgk 10 minit terakhir game Piala Dunia antara Holland vs Uruguay, tgk score dah 3-1 .. mmg confirm Holland masuk final ler. Tapi masa minit ke 89 tu Uruguay dpt gol kedua, dah naik suspen aku tgk game, player Holland berkampung pertahankan gol, masa tambahan 3 minit tp lepas dekat 5 minit baru referee tiup wisel … pelik2. Gol pertama Holland oleh Giovanni Van Bronkhorst mmg dasat, superb dan bombastic laa bg aku, dari jarak 30 meter terus ke tiang gol dan menerjah jaring, dan gol pertama Uruguay oleh Diego Forlan pun dari rembatan dr jarak 20 meter terus ke jaring. Tgk ulangan jer laa, yg aku sempat tgk live gol kedua Uruguay jer hehe. Keputusan akhir Holland 3 - Uruguay 2 .. Holland layak ke FInal Piala Dunia 2010dan akan bertemu antara Germany atau Spain. Aku personally harap Spain dapat ke final dan menjuarai Piala Dunia tahun ni.

Kegembiraan Wesley Sneijder selepas wisel penamat

Tengah tgk bola tu terlupa lak yang aku demam hehe … kira ok laa tu. Datang keja harini pun tak terhoyong hayang mcm semalam. Entri aku ni pun panjang kan kan kan … hehe

Demam ni mula terasa hari Sabtu pagi lagi sebab malam tu aku terkena hujan renyai2, bisa betul hujan renyai2 nih. Tapi sebab Sabtu tu aku nak berkonvoi so aku tahankan jer sambil makan panadol jer yang sempat. Mujurlah sepanjang program aku steady lagi walaupun badan terasa demam makin menyerang. 2 hari di Pahang dan Terengganu badan demam tapi masih bertenaga, cuma bila sampai balik kat rumah jer aku dah tak leh tahan, Malam tu aku call officemate aku bagitau tak daya nak datang keja Isnin. Memang betul pun Isnin tu seharian aku tidur kt rumah, turun beli makan jer kejap. Semalam dtg gak kerja tp tak betul2 ok lagi.

Bab aktiviti konvoi aku tangguhkan dulu entri sebab tgh mengarang ayat utk dihantar ke beberapa akhbar dan majalah kereta tempatan.

Mencari ilham dikala minda masih terasa bisa demam semalam.

0 Response to Demam Selsema vs Demam Piala Dunia

Related Posts with Thumbnails