Hidup bermasyarakat


Susah sgt ke nak hidup bermasyarakat ? kalau kt kawasan rumah tu, susah sgt ke nk join gotong royong atau pergi majlis2 kenduri jiran2 yang dekat2 tu. Kalau kt pejabat pula, susah sgt ke nak join program2 sosial ofis mcm sukan, gotong royong atau hari keluarga yang dianjurkan? Program2 mcm ni bukan nyer susah nak join, cuma perlu sumbangkan tenaga dan sedikit wang jer. Kalau wang tu rasanya takkan sampai habis gaji sebulan rasanya utk satu2 program mcm family day atau acara2 kebajikan tu.

Aku pun hairan kenapa org skrg kurang minat nak bermasyarakat. Kalau diumumkan program2 mcm ni mesti ada yang tarik muka dan mula cakap belakang. Pelik2 betul .. kalau skrg sikap org mcm ni, generasi akan dtg dari keturunan mereka2 ni mcm mana ler plak caranya. Satu lagi kalau bincang hal2 berkaitan mesti cadangan yang diberi agak pelik dari situasi kemasyarakatan yang biasa. 

Mungkin inilah kesan dari perkembangan teknologi dan kemajuan negara, kanak2 skrg byk habiskan masa main video game di rumah, nak keluar pulak tak boleh, nak salahkan ibubapa pun tak patut juga kerana keadaan sosial dan jenayah skrg makin membimbangkan bila melibatkan kanak2. beberapa kes kanak2 hilang masih belum selesai sampai kini, ini menyebabkan ibubapa fobia nak lepaskan anak2 mereka keluar dan lebih byk menarik perhatian anak2 supaya berada di rumah. Mungkinkah keadaan begini menyebabkan kanak2 ini membesar tanpa kemahiran bermasyarakat? Satu lagi mungkinkah disebabkan hidup yang agak selesa pada zaman kanak2 sehingga ramaja menyebabkan generasi ini tidak dpt menyelami hidup sederhana dan kekurangan. Bila bawa berbincang cadangan mesti dlm kategori agak mewah ler bagi aku, sampai ada sesetengah tu tak makan burger yang di jual di stall burger tu, just makan McD atau KFC jer, jijik katanya burger yang di jual di stall2 tu. 

Apa yang aku utarakan ni just for us to think, sebahagiannya adalah pendapat aku sendiri dan sebahagian lagi dari pengalaman yang aku lalui dan ada juga di antaranya bukan statement sahih dr mana2 kajian sekadar pengamatan aku jer ... kalau ada universiti ke ngo bt kajian bagus jugak kan ttg kesan aktiviti zaman kanak dan remaja terhadap persepsi bermsyarakat ketika kanak2 atau remaja tu meningkat dewasa.

0 Response to Hidup bermasyarakat

Related Posts with Thumbnails