Filem : UP IN THE AIR
Trivia
Sudah agak lama aku tak menonton filem lakonan George Clooney, tak byk filem dia yang menarik minat aku kecuali filem The Perfect Storm dan francais Ocean 11, Ocean 12 dan Ocean 13. Watak sbg Batman dalam filem Batman & Robin juga tak berapa menjadi. Apa yang menarik minat aku utk tgk filem Up In The Air ni adalah kerana filem ni dicalonkan dlm byk anugerah2 berprestij di US. So apa yang menarik sgt sampai tercalon dlm byk anugerah tu ?
Jalan Cerita
Menceritakan ttg seorang lelaki Ryan Bingham (Clooney)yang hidupnya sentiasa di udara (dlm kapal terbang) dan diabadikan untuk kerjayanya iaitu wakil syarikat utk memecat pekerja. Selain itu dia juga kadang kala member ceramah motivasi dlm seminar2 motivasi. Tugas dia sebagai wakil syarikat2 yg ingin memecat pekerja itu memerlukan dia menjelajah ke seluruh Negara dan dlm setahun tak sampai sebulan pun dia berada di rumahnya, semua hari2 dihabiskan dlm perjalanan, sehingga dia menjadi umpama pakar dlm cara2 travelling yg efisien. Disebabkan terlalu byk bergerak sehinggakan dia sendiri tidak memikirkan dgn serius ttg hubungan cinta atau perkahwinan, sehinggalah dia bertemu dgn seorang wanita Alex (Vera Farmiga)yang juga terpaksa travel utk tugasnya. Tapi akhir sekali dia mendapat tahu yang wanita itu sebenarnya sudah berkahwin. Selain itu, polisi baru syarikat dia juga cuba diubah oleh seorang staf muda dan baru Natalie Keener (Anna Kendrick) di syarikat yang baru sahaja bekerja di situ dan menyebabkan dia tidak berpuas hati kerana polisi baru itu tidak lagi memerlukan pakerja utk bergerak ke seluruh negara. Rasa tidak puas ahti itu di lepaskan kepada Natalie yang mana baginya Natalie adalah pekerja baru yang tak tahu ttg situasi sebenar pekerjaan tersebut. Akhirnya, Ryan ditugaskan untuk membawa Natalie bersama dalam tugasnya sbg latihan dan sbg pendedahan kpd Natalie. Apa yang terjadi seterusnya, kena ler tgk sendiri hehe.
Komen Aku
Adaptasi ke layar perak yang berkesan dari novel Walter Kim dan style filem ni ala-ala filem Jerry Mcguire lakonan Tom Cruise, tp watak dlm filem ni lebih cool dan matang. Bagi aku mmg berbaloi filem ni dicalonkan dlm anugerah2 besar, seperti juga filem Blinside lakonan Sandra Bullock, filem Up In The Air ni amat dekat dgn penonton, konflik yang diutarakan sememangnya akan dpt dirasai oleh penonton kerana ia adalah konflik biasa yang kita sbg manusia lalui. Permainan emosi oleh pelakon dlm filem ni bagi aku amat berkesan, terutama lakonan Clooney. Perbandingan kematangan usia dpt dilihat dgn 2 watak iaitu Bingham (40an) dan Natalie (20an), bagaimana watak ni menghadapi masalah, mcm mana Natalie menangis teresak2 di tempat awam sebab ditinggalkan kekasih dan bagaimana reaksi memendam emosi apabila Bingham mendapat tahu teman wanita dia sudah berkeluarga. Mmg filem seperti ini lebih dekat dgn penonton krn kita dpt merasai apa yang dilalui oleh watak tersebut.
Selain itu, penonjolan sikap wanita yang curang dgn suami juga jarang2 di utarakan secara terus dan matang tp selalunya diutarakan secara konflik, tp filem ni berjaya menonjolkan aspek tersebut secara matang dan terkawal. Cuma mungkin sesetengah pendapat filem ni agak anti komited relationship, tp bila menghayati watak Bingham tersebut pasti penonton dpt merasai kesepian yang dirasainya walaupun dia mengatakan dia sukakan tanpa sebarang komitmen.
Pembinaan watak disampaikan secara terus dan mudah, dan dari awal lagi kita dh tahu siapa dan latar belakang watak utamanya. Semua watak2 utama diceritakan dgn jelas dan mudah, watak Bingham, watak Natalie semuanya dpt difahami dan menjadikan penonton lebih memahami dan lebih dekat dgn watak2 tersebut.
Dari segi teknikal filem ni agak simple pada aku kerana ia lebih menekankan penceritaan dan watak, tp penggunaan airport sbg antara latar belakang utama filem ni mmg aku suka sgt, ntah ler kenapa aku pun tak tahu, tgk poster filem ni pun dah menarik sebenarnya dan ada maksud tersirat bagi aku. Tapi aku tak pasti airport yang digunakan dlm filem ni airport sebenar atau airport yang dibina khas utk filem ni, contohnya filem The Terminal lakonan Tom Hanks yang mana produksi membina airport skhas utk filem tersebut dgn skala sebenar utk imitate airport asal. Jadi kpd sesiapa yang suka kan filem Jerry Mcguire atau filem The Terminal aku rasa korang juga akan sukakan filem ni, tp filem ni tak segila Jerry Mcguire ler hehe.
Rating Aku : 5 bintang ... antara filem paling aku admire untuk tahun ni
0 Response to Filem : UP IN THE AIR
Post a Comment