SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN



Tak tahu kat mana nak berbuka hari ni ??, minggu ni ??, atau teringin nak cuba berbuka secara buffet ?? ... hotel-hotel semua mahal terbabas nyer harga sampai beratus-ratus ringgit ?? ... jadi kat sini aku nak mencadangkan supaya korang cuba SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN di Universiti Putra Malaysia Banquet Hall. Tahun lepas buffet ni dibuat di dalam kawasan MAEPS Serdang tapi tahun ni diubah tempat ke Dewan Banquet UPM ni yang lebih luas dan selesa dan mudah untuk dicari lokasinya.

           "Semanis Aroma Buffet Ramadhan"




Harga mmg berbaloi kalau nak banding dengan buffet-buffet Ramadhan di hotel-hotel memang jauh beza murahnya, kalau kat hotel sampai beratus-ratus tapi di sini untuk Dewasa RM 49.50 NETT! Kanak-kanak RM24.50 NETT (7-12 tahun). Bawah 6 tahun FOC (Free Of Charge)! Kalau buat tempahan untuk Pakej berkumpulan 10 pax ke atas akan dapat lagi diskaun 10%. Dengan harga tu korang akan disajikan lebih 200 jenis menu antaranya KAMBING PANGGANG, BBQ dan 15 warung pelbagai menu, boleh rujuk menu kat poster di atas. Makan lah sampai korang tak leh bangun pun takpe, sebab semua tu adalah buffet ALL YOU CAN EAT hehehe ...  tapi dalam bulan Ramadhan ni bawa-bawa ler bersabar bila tengok makanan tu yer hehehe ...

Selain tu yang membuat kan aku suka ke sini adalah untuk ke sini bila hampir dengn waktu berbuka tu tak perlu harungi jalan yang sesak, lokasi memang strategik dan privacy dengan ada security guard lagi nak masuk ke kawasan ini, siap dengan servis VIP lagi, kawasan parking pun luas dan dekat dengan dewan serta sambil menjamu selera pelanggan akan di sajikan dengan persembahan ghazal secara live ... memang best dan membuka selera. Dan yang paling aku suka ruang surau yang luas dan selesa, takde lah nak bersesak-sesak macam sesetengah tempat tu yang tak utamakan hal ni.

Jadi apa tunggu lagi, terus jer call dan buat tempahan guna nombor yang ada tercatat dalam flyers kat atas tu dan nikmatilah hidangan buffet yang enak bersama keluarga korang. untuk maklumat lanjut korang boleh juga layari page FACEBOOK mereka, klik jer kat sini ... 

1 Response to SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN

  1. Staff says:

    Tudia kambing golek.

Related Posts with Thumbnails