Fitness Center


Hari kedua Disember.

Bangun jer pagi tadi badan terasa sengal2. Ni tentu bahana mula masuk gym semula, mula bersenam semula. Apa nak buat dah doktor arahkan sebab tekanan darah makin tinggi.


Sebelum ni aku rajin jugak bersukan terutama main volleyball sekurang2nya 2 kali seminggu tapi skrg ramai kaki2 volleyball kat ofis dah bertukar-tukar tempat keja so dah tak cukup korum nak menampar.


Last sekali aku amik keputusan untuk daftar jadi ahli kat satu gym atau fitness center di Putrajaya ni, sebelum ni aku tak tau pun ada fitness center kat Putrajaya ni yang aku tau Paling dekat pun kat USJ tapi mahal giler nak jadi ahli, contoh macam Fitness First dan California Fitness. Tempat yang aku daftar ni dekat jer dengan rumah aku, drive dalam 5 minit jer. Yuran pendaftaran RM140 dan tiap2 bulan RM70. Ok laa dari aku langgan Astro lepas tu duduk jer di rumah melepak tengok TV dan kalau ada bola sure pegi ofis mengantuk.


Tengok dari luar nampak mcm kedai biasa jer sebab bawah dia ada farmasi, tapi bila masuk jer ke fitness center ni terkejut aku tengok peralatan2 dia yang terkini dan moden, tak macam public gym di pusat komuniti yang ada di setiap kawasan kejiranan di sini. Semua peralatan dari teknologi terkini dan ruang selesa serta bersih. Berbaloi laa dengan bayaran sebulan RM70.


Hari pertama diorang cek mcm2 BMI, BMR, fat and muscle, lepas dpt semua data2 tu trainer kat situ mula rangka apa yang patut aku buat dan mulakan. Dia bagi nasihat senaman apa yang perlu buat dan setakat mana aku perlu melakukan senaman dan aktiviti supaya berada dlm kemampuan dan keselesaan badan, ini penting utk pastikan aku tak terlebih bersenam yang boleh memudaratkan tenaga dan badan aku.


Mula dengan aktiviti kardio dan lepas tu aku mula guna perlatan regangan dan senaman otot, last aku buat senaman kardio lagi. Dapat juga aku habiskan semua rutin tu walaupun berpeluh2. Apa yang menarik ikut cakap trainer tu aku punya metabolisme tinggi, orang biasa metabolisme normal dlm linkungan 1200, tapi aku nyer metabolisme 2024, dia kata aku ni mudah nak turunkan berat badan dengan rajin bersenam atau aktiviti2 sukan, tapi yang tak bst dengar tu sebab metabolisme tinggi ni jugak boleh sebabkan aku cepat juga gemuk kalau tak bersenam atau menjalankan aktiviti sukan.


So tambah lagi satu azam aku, iaitu untuk teruskan aktiviti gym ni sekurangnya 3 kali seminggu dan harap2 dapat kurangkan kebuncitan perut aku ni hehe.

Hari Baru .. Bulan Baru .. Usia Baru


Hari ini hari baru di minggu yang baru dan di bulan yang baru … hari ini juga usia aku menginjak ke dekad yang baru. Makin berusia makin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Itulah kehidupan.


Hari ini juga hari pertama di ofis selepas bercuti Hari Raya Haji .. Malas giler rasanya nak buat keja, tapi kena laa gagahi jugak. Ofis masih lengang, ada yang masih bercuti terutama yang berkeluarga mengambil kesempatan cuti sekolah membawa keluarga bercuti.


Hari ini mcm biasa aku dengan beg galas aku datang ke ofis, tengak punch card baru untuk bulan Disember, tengok semula punch card lama yang ada tu semua hitam waktu yg tercatat, best best .. sepanjang bulan November aku dpt cleen sheet, tak pernah lewat datang kerja, harap2 bulan Disember dan bulan2 seterusnya pun sama.


Perkara pertama aku buat hari ini, siapkan claim. Banyak gak aku travel bulan lepas kena siapkan kalau tak lambat laa masuk duit claim tu.


Sambil menaip kepala terasa pening, badan sengal2 dan mata pun luyu jer. Ni semua bahana tersangkut dalam trafik jam ler .. perjalanan pulang dari kampung kali ni amat memenatkan, dari kampung ke Tapah makan masa 11 jam, selalunya 4-5 jam jer paling lambat pun 6 jam, ini 11 jam .. kalau terus ke Putrajaya entah2 15 jam rasanya.


Plan asal Isnin dah masuk kerja, tapi disebabkan trafik jam teruk terpaksa aku layangkan sms kat bos aku mintak tambah cuti sebab tak sempat sampai. Sampai RnR Tapah dalam pukul 1.30 pagi, aku layan tidur sampai subuh, letih giler, mana tak nya, kelaur dari rumah pukul 3 ptg, pukul 1 pagi baru sampai Tapah.


Dalam perjalanan yang slow tu, dpt ler aku tengok gelagat manusia, dalam kesesakan tu ada ler yang guna emergency lane sebab nak cepat, semua org nak cepat tapi dah mcm tu sesaknya bertimbang rasa ler sikit, bila ada keta rosak di emergency lane tu mula ler kelam kabut nak masuk ke lane utama, aku tak bagi chance nyer, lagi aku himpit ada ler, tak tau nak sabar, dah tu membahayakan orang lain. Lain laa kalau pihak berkuasa benarkan, tapi setahu aku dari arah utara takde kebenaran nak gunakan emergency lane mcm keadaan dari arah selatan ke Kuala Lumpur.


Kesesakan paling teruk bermula dari Taiping, dengan info trafik melalui radio mengatakan kesesakan sepanjang 150 km, aduhhhhhhh .. nak marah pun tak boleh semua yang ada atas lebuhraya tu lalui hal sama juga. So layan jer lah trafik jam tu.


Sampai Kuala Kangsar aku exit ke jalan lama dan terus ke Ipoh, clear pulak jalan lama tu, takde sangkut2, rilek jer aku bawak keta, siap aku cilok Subaru Legacy sebijik hehe. Aku keluar semula ke highway PLUS di Ipoh Selatan. Mujur aku guna SMARTTAG, laju sikit kat plaza tol, kalau tak sure lama beratur.


Ni pengalaman kedua aku sangkut dalam kesesakan PLUS Highway semasa musim perayaan, sebelum ni pernah sekali masa sambutan 31 Ogos tahun 2004. Lepas tu aku rancang baik punya perjalanan aku, cuma Raya haji tahun ni tak bleh nak rancang sangat sebab aku kena simpan cuti untuk beberapa perkara akan datang.


Apa-apa pun yang penting aku selamat sampai ke destinasi ... ALHAMDULILLAH
Kepada semua BERHATI-HATI DI JALAN RAYA .. Ingatlah Insan Tersayanag

30 things about me


30 things about me

1. I’m a genuine kampong boy hehehe
2. my real name is Fadzly
3. I’m a pure Malay
4. I’m a Muslim
5. I was born in 1979
6. my hometown is in Arau, Perlis
7. right now living and working in Putrajaya
8. I come from a small family just 2 siblings, me and my elder sister.
9. both my parent are still doing well ..
10. at the back of my house in kampong is a very large paddy fields.
11. in front of my house there is a river .. used to play in it when I was a child hehehe
12. my old school Sekolah Menengah Derma Kangar Perlis.
13. been studying most of my life - Diploma & Bachelor
14. really2 simple person
15. quite a patience person ..
16. I’m a funny guy .. always make people laughs
17. Sometimes I’m a bit straight forward when talking .. no filter
18. Now I’m a bit chubby, gain a few extra kg the past year coz don’t have time to exercise … need to loosen up the kg after this.
19. I like cats a got about ten cats at my home in Perlis
20. I like to drink tea .. prefer “the o suam”
21. I hate food when it really2 hot.
22. The food I like? Anything that my mum cooks … hehehe
23. I can’t swim very well but ironically I’m really good in kayaking and been into some expedition and racing hehehe
24. quite an active person
25. I play every kind of sport except tennis, dunno why, never get a hang it. My expertise is in volleyball and I’m ok in badminton and football.
26. Addicted to outdoor activities .. camping, hiking n jungle tracking.
27. Also addicted to beaches, can sit at the beach and stare at the sea for 2-3 hours without doing anything hehehe
28. Love cars, especially mine
29. Joker .. love to see people laughs
30. My face look serious most of the time especially with people I don’t know

1st Disember : Dunia Dari Mataku


Assalamualaikum ...


1st posting dalam blog baru aku yang bertajuk 1st Disember.


Rasanya kalau ada orang baca blog aku ni mesti akan tertanya-tanya,
"apsal ler blog ni nama 1stDisember ??"\


Sebenarnya 1stDisember ni tarikh lahir aku ..
Hari pertama aku merasa udara dunia ... 1st Disember 1979 ...
Dan hari ini, sekarang, saat ini usiaku genap 30 tahun.


Title blog 1stDisember ini Dunia Dari Mataku ...
Secara terangnya aku ingin memberitahu dunia yang segala yang akan aku coretkan di blog ni adalah persepsi aku yang aku lihat dari mataku ini.


Jadi semua coretan di blog ini adalah luahan rasa dan hati aku, kecualilah quotation dari mana-mana sumber lain yang akan aku maklumkan sumbernya.


Bermula lah kembara ...
Related Posts with Thumbnails