Iftar @ Man Tomyam, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan


Buat pertama kali untuk Ramadhan kali ni aku berbuka di luar. Program iftar ni adalah anjuran WiSER Negeri Sembilan (WISER - gelaran untuk ahli komuniti wisecommunity.net, portal pemilik kenderaan wira aeroback special edition). Aku memang selalu join program wiser N9 ni dari tahun 2009 lagi, jadi mmg dah rapat dengan rakan di sana.

Selepas keluar pejabat aku terus menerjah highway PLUS dari exit Kajang menghala ke Seremban, Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang kesesakan atau masalah. Lebih kurang 30 minit perjalanan aku tiba di lokasi petemuan dgn host program, bro Ijam di hadapan Hotel Seri Malaysia Seremban. Dari situ perjalanan diteruskan ke lokasi di Restoran Man Tomyam. Sebelum hari kejadian aku dh search tgk ttg restoran ni, dan kebanyakan feedback dari pelanggan terdahulu mmg positif terutama dari segi cepat dan original Thai taste. Jadi teruja juga nak mencuba bila dah ada jemputan nih.

Aku dan Ijam org pertama sampai diikuti oleh ahli2 WiSE N9 yang lain, total 13 orang. Bila sekali sekala bertemu ni mmg meriah suasana dengangelak tawa dan sakat menyakat. Menuju ke meja yang telah ditempah khas, aroma tom yam dan lain2 hidangan mula menerjah deria bau, mmg menyelerakan aromanya. Di atas meja telah tersedia hidangan yang baru sahaja siap dihidangkan ... menu2nya ... siakap sweet sour, kailan ikan masin, puyuh goreng, kerabu mangga dan tomyam campur a.k.a tomyam pok tek a.k.a perahu pecah.

Sebaik sahaja azan berkumandang maka hilai tawa berhenti seketika dan sama2 menjamah juadah yang tersedia. Program lebih kurang jam 9.00 malam dan aku bergerak pulang ke Putrajaya semula. Hidangan mmg begitu menyelerakan terutama siakap sweet sour dan puyuh goreng, tak pernah aku makan puyuh sebanyak tu. Total seorang RM30, bagi aku masih dlm kategori murah dengan hidangan yang disediakan, siap ada yang tapau puyuh goreng lebih, bukan aku yg tapau yer hehehe.

Terima Kasih kepada WiSER N9 yang sudi menganjurkan prorgam tahunan mereka dan menjemput aku dan semua warga WiSE yang lain.




pic taken by wan



0 Response to Iftar @ Man Tomyam, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan

Related Posts with Thumbnails