Pertemuan Terakhir ..


Semalam aku bercuti, cuti untuk membereskan beberapa perkara yang lama tertangguh dan menunaikan janji aku pada sidia yang telah lama aku janjikan. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua hal tertangguh dapat aku selsesaikan dan janji aku pada sidia telah aku lunaskan.

Semalam juga adalah pertemuan terakhir aku dan dia sebelum dia bertukar status. Redha dgn ketentuan ini aku kuatkan semangat untuk tunaikan janji aku padanya dan aku harap semua ia akan membantu hidup dia di masa depan walaupun aku mungkin tiada lagi dalam catatan diari dia akan datang.

10 Februari 2010 akan aku ingat sampai bila2 sbg satu tarikh duka yang akan terpahat di jiwa ini sehingga akhir hidup aku. Satu tarikh yang membuka satu lembaran baru dalam hidup 2 insan yang menyayangi satu sama lain tetapi terpaksa menguburkan impian kerana khianat manusia yang bertuhankan wang dan syaitan. Walaupun kedua-dua hati tersebut berat utk melepaskan tapi terpaksa pasrah dengan ketentuan, semoga suatu hari nanti manusia yang bertanggungjawab ke atas situasi ini kan menerima balasan yang setimpalnya, sesungguhnya ilmu hitam itu menjadi adalah dengan kehendak  Allah juga dan dengan kehendak Allah juga suatu hari nanti org2 yang terlibat akan dilaknatNya. 

Sambil menghitung hari ke tarikh 13 Februari 2010 aku hanya berdoa agar dia dapat menempuhi alam baru dgn cekal dan tabah, aku tahu dia seorang yang kuat semangat dalam menghadapi cabaran hidup. Insyaallah semua kejadian ada hikmahnya dan Allah itu maha kaya dan maha penyayang. 

Apa pun hidup perlu diteruskan ... 

0 Response to Pertemuan Terakhir ..

Related Posts with Thumbnails