Ukiran Sanubariku


What a boring tuesday ..

Seharian kat ofis arini aku mcm buntu, keja mmg byk tapi aku mcm tak boleh nak atur keja aku, yang mana nak buat dulu, yang mana kemudian. Kepala otak aku ni mcm beterbangan ke merata tempat, ke kampung aku dengan keadaan ibu ku yang makin tak sihat yang memerlukan aku mengaturkan sesi pembedahan utk dia, ke klang aku dgn buah hati aku yang aku tahu penghujung kisah aku dan dia dah semakin dekat.

Kenapa lah aku diuji sebegini rupa, semua datang serentak menggerudi kepala otak aku ni, yang mana satu aku nak selesaikan dan yang mana satu mmg aku tak boleh selesaikan langsung. Aku betul2 buntu, wajah ku mengukir senyuman tapi hati dan minda ku dipahat duka dan lara yang berpanjangan. Bilakah aku dpt hidup dgn tenteram dan selesa.

Tapi aku tak salahkan sesiapa, aku tak salahkan ibu ku, itu takdir tuhan yang menguji diri dia dan aku sbg anak akan terus berusaha untuk memberi yang terbaik kepadanya kerana itulah kewajipan aku sbg anak, ibu membesarkan aku bertahun2 takkan aku tak sanggup menjaga dia bertahun2 jugak, dia ibuku, syurgaku di bawah telapak kakinya. Sekaranglah masanya utk berbakti kepada dia, jgn setelah dia tiada baru mahu ditangiskan kepergiannya, masa itu sudah terlambat. Sayangilah ibu kita selagi ada nafasnya selagi dpt dilihat senyuman dibibirnya. Kau lah pengubat dukaku kaulah tempat aku mengadu sepanjang usia ku.

Aku juga tak salahkan sidia .... bukan pinta dia dan bukan juga kemahuan dia yang kisah cinta ini akan berakhir, aku sayang dia dan dia sayangkan aku, tapi takdir penentu segalanya, pilihan keluarga terpaksa diutamakan, pilihan ibu, apakan daya syurga di bawah telapak kaki ibu, jadi aku redha yang sidia terpaksa menerima pilihan ibu walaupun aku tahu hatinya berat dan sukar utk lepaskan aku sebagaimana aku sukar melepaskan dia. Aku tak mahu dia jadi anak derhaka dan aku tak mahu dia dibuang keluarga, biarlah aku korbankan cinta aku demi memastikan dia tidak derhaka kpd ibu dan kelaurganya. Ku harap pengorbanan aku mengajar dia ttg cinta sejati serta tidak semua lelaki itu buaya dan tidak semua lelaki itu tidak boleh dipercaya. Tak pernah aku rasa menyesal bersamanya, tak pernah aku rasa sia-sia kasihku curahkan kepadanya, semuanya aku lakukan dengan ikhlas dan jujur, sesungguhnya cinta dan kasihku sesuci embun di pagi hari. Walaubagaimanapun sama-samalah kita kembali ke alam realiti dan terimalah hakikat yang "tidak semua cinta akan bersatu".

Sabar wahai diriku, sabar wahai jiwaku, tenanglah wahai perasaanku, tenteramlah wahai hatiku, kuatlah wahai semangatku ... hanya doa aku utuskan, hanya harapan aku bentangkan ... semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Aminnn



1 Response to Ukiran Sanubariku

  1. Walau kini jauh
    Kesetiaan ini hanya untukmu
    Berjuta godaan takkan mampu

    Bisikanlah cinta
    Lewat angin malam
    Agar hidup ini
    Bukan dalam mimpi

    Malam-malam sunyi
    Bayang-bayanganmu
    Selalu dalam mimpiku
    Berjuta harapan ku nantikan..

Related Posts with Thumbnails